#UbahJadualSPM, tular dan trending di platform sosial media ekoran luahan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan jadual ujian SPM pada Mac tahun depan.
Menjengah ruangan komen, rata-rata calon-calon SPM berharap susunan jadual itu diubah bagi membolehkan mereka bernafas. “Hanya mahu memberitahu semua orang dan memang mahu tahu jika jadual peperiksaan kompak SPM ini boleh ditukar? Cubalah tengok pada tarikh 7 hingga 11 hari bulan Mac itu, peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Tambahan, Matematik dan Pendidikan Islam tanpa ruangan nafas,” ujar seorang netizen.
Seorang pengguna Twitter yang mendakwa calon SPM pula berkata, jadual itu wajar diubah supaya tidak terlalu padat. “Pelajar kumpulan 2004 sudah melalui banyak cabaran, seperti format pembelajaran baharu dari darjah satu, format soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baharu, format soalan baharu Pemeriksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), ujian amali sains SPM untuk Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan sekarang KPM memberi jadual SPM macam ini,” katanya. Turut membalas ciapan salah seorang calon SPM ialah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia (JPKPP), Maszlee Malik yang berkata, JPKPP sudah membuat mesyuarat kedua untuk membincang tentang isu itu dan isu-isu lain pada 18 Oktober lalu lalu. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
Artemesiaa replied at 22-11-2021 12:03 PM
Kesiannya calon2 SPM ni dah ler lama tak dapat datang sekolah secara bersemuka, dapat jadual exam pu ...
mamasaffiya replied at 22-11-2021 01:46 PM
Anak dah tunjuk jadual exam jumaat lepas.
Hari Ahad pun ada exam.
Kesian kat budak2 batch 2004 ni. D ...
mamasaffiya replied at 22-11-2021 01:46 PM
Anak dah tunjuk jadual exam jumaat lepas.
Hari Ahad pun ada exam.
Kesian kat budak2 batch 2004 ni. D ...
chazey replied at 22-11-2021 02:20 PM
Deol kena siapkan juga kerja kursus tu secepat mungkin. Untuk suma subjek tu, markah kena key in d ...
amyza82 replied at 22-11-2021 03:02 PM
Kan... Batch diaorg sgt kesian.
Start from upsr sampai pmr jadi tikus putih.
Now spm kena macam ni ...
chazey replied at 22-11-2021 02:20 PM
Deol kena siapkan juga kerja kursus tu secepat mungkin. Untuk suma subjek tu, markah kena key in d ...
ADVERTISEMENT