CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Tidur Malam, Muka Bengkak, Ini Bukan Lakonan" - Dira

19-11-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3606| Komen: 13

Bergelar orang seni mahu pun anak seorang pemimpin politik bukan satu kelebihan, jauh sekali satu keistimewaan kepada Datuk Khaidhirah Abu Zahar untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira sebaliknya tidak pernah leka dan terlalu selesa dengan kelebihan itu meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim merupakan kubu kuat UMNO.


Kredit foto: IG Dira

“Ia, ia merupakan satu kelebihan tetapi bukan satu keistimewaan untuk saya mengambil mudah. Sebagai orang seni dan untuk dikenali sebagai seorang pemimpin, peranan dan skopnya berbeza, berat tanggungjawab itu juga berbeza.


“Kesan yang diberi kepada masyarakat juga berbeza,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengakui menjadi seorang pemimpin wanita muda mencabar berbanding hanya bergelar sebagai seorang selebriti yang kerap dilihat di kaca televisyen.

“Paling penting reputasi yang saya nak tonjolkan atau bawa sebagai seorang pemimpin wanita muda itu menjadi cabaran buat saya.

“Semua orang kenal nama saya, dulu tengok dekat televisyen sahaja tapi sekarang tak tengok dekat televisyen lagi. Kadang-kala agak sukar tetapi, semua orang fikir apa yang saya buat ini berlakon.


Kredit foto: IG Dira

“Tak tidur malam, muka sudah bengkak dan sebagainya, ini bukan lakonan,” katanya lagi. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-11-2021 11:45 AM
Ye la nak kena bertanding dan bersiap sedia semua memang penat sangat. Macam persis orang nak buat majlis kahwin, rhoperrrnya untuk berlakon satu hari bersanding atas pelamin fefeeling putera raja jah ujung2 terdampar tak bangun2 dah atas katil dengan kain baju yang bau kepam tak buka2 dari pagi hari. Pakej dah di pakai 100+ orang baunya tu entah2 pandemik virus baru pun boleh muncul

Go go kaka dira, iols suka lakonan dia dulu2 dan ada la juga nampak rhoperrr seorang pemimpin dia ni...
Quote Belibis 19-11-2021 02:04 PM
Belum menang memang laaaa...sanggup apa saja.dulu ada menteri sanggup isap rokok daun masa kempen kat kg.
Quote mewo 19-11-2021 02:08 PM
Iya la..

Masa kempen bukan main, jgnkan x tido.. Masuk hutan pun sanggup kan, lepas selesai.. Jgn kan muka,kentut pun susah nak lalu..





Quote kakigojes 19-11-2021 02:14 PM
Means kalau menang nanti, pastu org tak leh kacau ke all the time? Kihkih
Quote NFBZCantik 19-11-2021 02:15 PM
standard laa waktu nk pilihanraya, confirm penat.

pas dah menang, baru la......
Quote makneng 19-11-2021 02:18 PM
Dah menang kalu tidooooooooo sampai next pru.. Same old same old
Quote musangbodoh 19-11-2021 02:24 PM
rasanya dia mng nnti...
Quote lasagna 19-11-2021 03:28 PM
camne ek sheol bleh dpt pangkat dato? lpas quit jd artis sheol trus berpolitik kan. tapi apa jasa sheol pd rakyat jelata? curious plak iols. tau laa arwah ayah sheol bekas munteri besau melakau..
Quote mojarean_X 19-11-2021 03:38 PM
Aku suka kali ni calon byk yg muda. X yah lah amik lg 50s and above sgt. Kalo menang pun dorang x larat pusing kawasan puas2. Hantar pembantu je.
Quote eizarz 19-11-2021 06:17 PM
poyo la anak zahar ni...semoga ko kalah...melaka bukan family ko yg punya...[em:3:]
Quote annadonna 19-11-2021 06:55 PM
Politik dah ada dlm jiwa dia. Membesar dgn bapak ke hulu ke hilir main politik. Asalkan buat elok elok laaa
Quote F685 20-11-2021 08:24 PM
Tahniah Dira. Menang DUN RIM. Majoriti agak selesa.
Quote maslo 22-11-2021 01:16 PM
Tahniah YB DIRA

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050394 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top