CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Pucat Tak Bermaya Akibat Tertelan Syiling

19-11-2021 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3017| Komen: 12

Description: Sepasang suami isteri berdepan situasi mendebarkan apabila anaknya yang baru berusia dua tahun tertelan duit syiling 10 sen.
Sepasang suami isteri berdepan situasi mendebarkan apabila anaknya yang baru berusia dua tahun tertelan duit syiling 10 sen.

Lebih membimbangkan duit tersebut kini masih belum berjaya dikeluarkan selepas tiga hari berada di dalam tubuh kanak-kanak tersebut.

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak malang tersebut Munira Alia Nasir, 28, berkata anaknya, Firraa Delisha Mohd Firdaus sedang memegang duit syiling terbabit sambil berbaring sebelum duit tersebut termasuk ke dalam mulutnya.

Foto: mStar online

"Kejadian berlaku dalam pukul 10 malam pada 15 November, masa tu daddy dia masuk bilik tapi tak sampai 10 minit dia bawa keluar Firraa dalam keadaan tak bermaya.


"Muka Firraa pucat lepas tu dia lemah, jadi saya cepat-cepat bangun tonggengkan dia, pegang kaki dia kepala ke bawah, saya kocak-kocak dia panggil nama dia.

"Alhamdullilah Allah masih panjangkan umur dia, dia muntah tapi duit tu tak keluar," katanya yang menetap di Setapak di ibu negara.

Mesra di panggil Ira, ibu muda tersebut berkata, suaminya, Mohd Firdaus Mohd Azam, 30 cuba untuk menarik keluar duit terbabit namun usahanya gagal.

Tambahnya, ujian X-ray yang dilakukan menunjukkan duit syiling telah masuk ke usus anak bongsunya itu.

Foto: mStar 

"Daddy dia cuba nak tarik tapi duit tu dah masuk dalam.

"Lepas dia muntah tu nampak dia okay, dia minta air. Kami bawa juga ke Hospital Kuala Lumpur tapi ramai orang, jadi nurse cakap lama kena tunggu dalam lima jam, jadi kami terus cari klinik 24 jam, tapi tak boleh X-ray malam-malam, jadi keesokkannya baru X-ray di hospital swasta.

"Duit tu memang ada tapi dah masuk usus, Jumaat ni akan X-ray lagi sekali harap-harap keluar la syiling tu sebelum Jumaat ini," katanya.

Menurut Ira, sekiranya duit tersebut tidak dapat dikeluarkan, Firraa terpaksa dirujuk ke hospital untuk menjalani proses pembedahan.

"Doktor minta kami pantau najis dia insyaAllah akan keluar tapi kalau tak keluar juga Jumaat ni dia akan di refer ke hospital untuk bedah.

"Setakat hari ini (18 November) masih belum keluar lagi, seharian kami tunggu dia buang air.

"Doktor tak ada bagi ubat apa-apa cuma kami bagi dia makan betik dan makan macam biasa seperti yang disarankan doktor," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.



Bersyukur Allah masih panjangkan umur anaknya, Ira berkata dia berharap ibu bapa diluar sana boleh menjadikan pengalaman ngeri yang menimpa mereka ini sebagai pengajaran.

"Ni kali pertama benda ni jadi memang malam tu kami menangis juga la.

"Pada 13 November tu birthday dia, kejadian berlaku dua hari kemudian, jadi dia yang bagi suprise dekat mummy daddy dia.

"Semoga dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa, doakan anak saya semoga syiling tu keluar dalam masa dua tiga hari ni," katanya yang merupakan seorang peniaga dalam talian.


Menurut Ira, Firraa aktif seperti biasa namun kanak-kanak tersebut kini trauma dengan wang syiling.

"Kami cuba hulur syiling pada dia tapi dia cepat-cepat jawab tak nak lepas tu pusing kepala, fobia mungkin," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-11-2021 12:36 PM
Main hp je ke mak ayah budak ni...
Quote jazaa100 19-11-2021 12:55 PM
Blh bertik tok lg tu
Quote Thunderclouds 19-11-2021 12:59 PM
jazaa100: Blh bertik tok lg tu


Huntung2 kna kutip mainstream media jadik bahan berita. Hehehe
Quote mbhcsf 19-11-2021 01:42 PM
Edited by mbhcsf at 19-11-2021 01:46 PM

well hehehe see?
fear learing is very quick to learn

u see budak tu taubat dah tak nak pegang lagi duit

tapi parents kena alert ler yg budak umur 0 - 2 thn depa akan cuba pegang, taste, apa apa sahaja ke dalam mulut - depa explore sekeliling so...tak palah leasson learnt.

trauma habis this toddler.

taubat tak nak duit syiling dah hahaha - sebab dia nyer bhgn otak simpan memory about extreme psycho emotional trauma kat amygdala simpan  data ni. so bebila mungkin dia besar dia mungkin ingat the memory or feelings / emosi asssociated with this  ( duit syiling  ) ,walaupun hippocampus brain dia tempat memory disimpan tu belum matang lagi. i think by about 4-5 years boleg ingat dah benda.
Quote SecretLuv 20-11-2021 11:33 AM
Adik aku pernah kena masa kecik. Tak ingat syiling 20sen ke 50sen. Cpt2 arwah nenek aku tonggeng kan dia lepas tu goncang2kan dia. Alhamdullilah keluar duit tu huhu.
Quote darkness 20-11-2021 12:35 PM
Pastu last2 masuk tiktok
Quote Artemesiaa 20-11-2021 12:40 PM
Dulu2 pun banyak kes macam diceritakan
Quote Supersirap 20-11-2021 08:38 PM
comel anak kecil ini, nasib baik tiada apa-apa serius yang terjadi, tapi tu laa, lepas ni ibu bapanya boleh kurangkan bertiktok ya
Quote edayildiz 21-11-2021 01:41 AM
menyampah la org yg bertik tok ni..i tk blh terima tik tok terkinja kinja ni..ig tetap dihati..tik tok ni sesuai utk dak2 baru nk cecah 20an kot..
Quote gideoncross 21-11-2021 03:01 PM
Mudanya mak bapak, iol dh 30 pun xde jodoh lgi.
Quote exclusive_vvip 21-11-2021 04:06 PM
Artemesiaa replied at 20-11-2021 12:40 PM
Dulu2 pun banyak kes macam diceritakan

haah,btol..family iols citer, my uncle penah tertelan duit syiling..Alhamdulillah, panjang umur..skrg jadi doktor pakar dah
Quote KamikuP 22-11-2021 03:46 PM
dAH KELUAR KE BELUM SYILING TU.. Malas pulak nak baca cerpen tik tok ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053249 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top