CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haramkan Judi Satu Pencabulan, Kit Siang Seru Pengundi Melaka Tolak PAS, PN & BN

17-11-2021 07:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3596| Komen: 42

Pemimpin Kanan DAP Lim Kit Siang mengajak semua pengundi di Melaka menolak calon Pas, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional berikutan tindakan Kerajaan Kedah mengharamkan judi.


Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa tindakan Kerajaan Kedah pimpinan Pas mengharamkan judi merupakan satu pencabulan kepada Rukun Negara.

“Memandangkan PAS telah mengharamkan aktiviti perjudian di Kedah dan membangkitkan isu mengenai arak, mencabuli prinsip pembinaan negara bangsa Rukun Negara untuk mendapatkan undi di Melaka.


Kredit foto: FB

“Marilah pengundi di Melaka menolak secara bulat-bulat calon PAS, PN, dan BN akibat pencabulan Rukun Negara ini,” katanya.


Menurut Kit Siang, Malaysia ada lima prinsip pembinaan negara bangsa yang termaktub dalam Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.

Kita Siang mendakwa Pas telah menggunakan isu larangan perjudian untuk memancing undi di Melaka.

“Sekiranya PAS ini menerima prinsip dan matlamat Rukun Negara serta matlamat untuk Utamakan Malaysia, maka Menteri Besar Kedah dari PAS tidak akan cuba untuk menimbulkan isu larangan perjudian untuk memancing undi di Melaka atau cuba menggunakan isu Wiski Timah untuk tujuan politik.

“Saya seru pengundi di Melaka untuk memberikan pengajaran kepada calon PAS, PN dan BN dalam PRN Melaka pada 20 November ini, kerana rakyat Melaka dan rakyat Malaysia dapat membayangkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara sekiranya kelima-lima prinsip pembinaan negara bangsa ini ditolak,” katanya.

Tambah beliau, cubaan untuk mengawal moral dalam masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya adalah satu perbuatan yang salah, bersifat ekstremis, dan tidak bertoleransi.

Sebaliknya, menurut Kit Siang, Malaysia perlu menggembeleng nilai-nilai murni daripada empat tamadun hebat dunia Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat yang terdapat di negara ini.

“Mengapakah rakyat Malaysia perlu bergaduh mengenai perbezaan keagamaan atau tamadun lampau mereka? Sebaliknya kita perlu mengambil kedudukan bertoleransi terhadap kepelbagaian agama, budaya, dan tamadun yang bertemu di negara kita ini untuk menjadi sebuah negara hebat yang berkelas dunia,” katanya.


Sumber: Suara Merdeka




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakjiran 17-11-2021 08:31 PM
Tak boleh ke undi online je.. Risau aku jadi macam prn sabah.. Trauma wei berkurung. Minta jauh la
Quote KIM.K 17-11-2021 08:34 PM
Kau ingat negara ni nak mengajar berjudi kat rakyat ke. Gi ajar anak2 cucu kau berjudi kat genting tu
Quote amyza82 17-11-2021 08:42 PM
Kena la berjudi, baru kaum tu dapat untung maaa
Quote FOTHER-MUCKER 17-11-2021 08:47 PM
Berharap ada pihak yang bawa pas ke muka pengadilan kerana telah mencabuli hak kebebasan sepertimana yang telah di beritahu oleh kid siem youeng
Quote sharlenetexas 17-11-2021 08:48 PM


[youtube]kWkV_Pc0Aic[/youtube]

Quote sharlenetexas 17-11-2021 08:51 PM
M.Daud Kilau

Gila Judi Lyrics

banyak orang gila judi
banyak orang gila judi
hai judi merosak diri
merosak diri
banyak yang setengah mati
akibat judi
kalau sedang main pakau
banyak orang naik angau
mereka selalu risau
selalu risau
sama-sama jadi sasau
hai jadi sasau
satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
limaaaaaaa ringgit
satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
lima ringgit
haaaaaangusssss....
kalau sudah gila judi
kalau sudah gila judi
dia lupa anak isteri
hai anak isteri
dia lupa anak isteri
hai anak isteri
kalau kecanduan judi
kalau kecanduan judi
akhirnya setengah mati
setengah mati
akibat judi
tolak habuk
jalan kaki
gigit jari
kalah judi...

Quote sharlenetexas 17-11-2021 08:54 PM
Ni bunyi retro

[youtube]iMyyc-3aIfQ[/youtube]

Quote Skuau 17-11-2021 08:57 PM
Edited by Skuau at 17-11-2021 09:26 PM

Sb judi 1 tu jer KAT KEDAH...terus..dia ajak SEMUA PENGUNDI DI MELAKA...tolak pas,pn,bn........
Quote Decaffeinated 17-11-2021 08:59 PM
penjudi ni ada banyak spesis

ada yg nak berhibur. ada yg ketagih nak thrill.

ada yg nak kaya. yang nak kaya tu yg bodoh.
Quote sharlenetexas 17-11-2021 08:59 PM
Baca sampai habis tau

[ig]https://www.instagram.com/p/CWUNt_ePZlz/?utm_medium=copy_link[/ig]

Quote tripleid 17-11-2021 09:04 PM
Quote chazey 17-11-2021 09:10 PM
sharlenetexas replied at 17-11-2021 08:51 PM
M.Daud Kilau

Gila Judi Lyrics

P. Ramlee dulu gila judi.
Quote sharlenetexas 17-11-2021 09:17 PM
chazey replied at 17-11-2021 09:10 PM
P. Ramlee dulu gila judi.

Sebab tu ada lagu Gila Mahjong.

Quote naina 17-11-2021 09:20 PM
1 negeri Kedah haramkan arak dan judi
Habis menggelabah semua Non Muslim 1 Malaysia
Sekarang siapa kena tunduk siapa
Quote ketupatnasi 17-11-2021 09:39 PM
Ok...dah tolak PAS, BN n PN.. Yg tinggal apa je?
Quote edayildiz 17-11-2021 09:42 PM
berjudi ngn main mahjong tu sama jer kan...agama selain islam pun x bg jgk kan kalau berjudi
Quote apam 17-11-2021 09:52 PM
Tak yah cerita bab agama bagaila. Dari sudut ekonomi, industri judi ni hanya kayakan tokey kapitalis judi aje.
So wakil rakyat ni wakil kepentingan rakyat ke atau kepentingan tokey?
Quote kakikuDibibirmu 18-11-2021 01:40 AM
Siapa suruh kacau hak orang bukan Islam?
Quote Tinot7 18-11-2021 01:49 AM
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa tindakan Kerajaan Kedah pimpinan Pas mengharamkan judi merupakan satu pencabulan kepada Rukun Negara.


pencabulan rukunegara yg mana satu tuh?


Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.051769 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top