CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Undang-undang Baru, Bos Dilarang Hubungi Staf Di Luar Waktu Bekerja

17-11-2021 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5304| Komen: 48

Description: Portugal melarang majikan daripada menghantar mesej teks dan menghantar e-mel kepada kakitangan di luar waktu bekerja sebagai sebahagian daripada undang-undang baharu yang digelar “hak untuk berehat ...
Portugal melarang majikan daripada menghantar mesej teks dan menghantar e-mel kepada kakitangan di luar waktu bekerja sebagai sebahagian daripada undang-undang baharu yang digelar “hak untuk berehat”.


Langkah itu diperkenalkan oleh parti sosialis sebagai tindak balas kepada peningkatan kes bekerja dari rumah sejak pandemik Covid-19.


Gambar hiasan

Syarikat yang mempunyai lebih daripada 10 kakitangan boleh dikenakan denda jika mereka menghubungi pekerja di luar waktu kontrak kerja mereka.

Terdapat juga peraturan baharu untuk membenarkan kakitangan yang mempunyai anak kecil supaya bekerja dari rumah. Ibu bapa akan dibenarkan bekerja di rumah selama-lamanya tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada majikan mereka sehingga anak mereka berumur lapan tahun.


Dan syarikat juga mungkin perlu menyumbang kepada bil isi rumah yang lebih tinggi daripada seperti bil elektrik dan kos internet.

Walau bagaimanapun, beberapa elemen pakej itu tidak diluluskan oleh parlimen Portugal, termasuk “hak untuk memutuskan sambungan” yang membenarkan kakitangan mematikan semua peranti kerja di luar waktu.

Menteri Buruh dan Keselamatan Sosial Portugal, Ana Mendes Godinho, memberitahu semasa persidangan di Lisbon minggu lalu bahawa bekerja dari rumah boleh menjadi ‘game changer’ dalam menjalani kehidupan dalam norma baharu tetapi ianya perlu dikawal.

Beliau juga berharap akta perlindungan buruh yang dipertingkatkan akan menarik lebih ramai warga asing ke negara tersebut.

Portugal sudah mempunyai skim visa pemastautin sementara yang direka untuk menarik usahawan dan pekerja bebas seperti di kepulauan Madeira yang mempunyai “kampung nomad digital”, dengan wifi percuma serta kemudahan asas pejabat.

Beberapa negara lain telah memperkenalkan apa yang dipanggil “visa nomad digital”, berbanding permit pelancongan standard, termasuk Barbados dan Croatia. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 17-11-2021 10:18 PM
ingat kt mn td...cehh

pernah sekali aku kantoi mc...bos dtg rumah...hahahaa yg pelik dia boleh plak ajak aku p audit sub kon..tp aku kena jd driver..ceh ingat nk rehat2 kt umah...

Quote edayildiz 17-11-2021 10:22 PM
Edited by edayildiz at 17-11-2021 10:23 PM

wah bgs lah hak utk berehat..kita berhak utk berehat...

masa kerja tmpt lama dulu mlm kul 1 pun boss wssp lg...i blue tick jah..bosan gilerr..pastu sejak2 i tkr dk team baru takde org kacau pun..dh balik tu balik jer la..boss pulak india..dia buat xtau jer...xtau la kot nnti i kena tibai ngn dia..for now dia asik tibai assistnt dia jah..
ngn i heols ok jah..

smlm kena tibai ngn senior..senafas jer sheols sound i...i menjawab jua lah wpn ayah i ckp kurangkan menjwb
lps menjwb i order starbak utk sheols..ok la kan..
Quote stingerstardom 17-11-2021 10:31 PM
edayildiz replied at 17-11-2021 10:22 PM
wah bgs lah hak utk berehat..kita berhak utk berehat...

masa kerja tmpt lama dulu mlm kul 1 pun bos ...

Sebut starbak teringat spesis axle...tak tahu kenapa...


Kahkahkahkshkahkah
Quote Firenzza 17-11-2021 11:41 PM
Klau kt sini siap la esok kena ceramah free2 klau staff x angkat tpon boss even pkl 12 am
Quote Perawankota 18-11-2021 04:48 AM
Tmpt keje lama aku, tak kira time nak wasap.. Kalau x reply, dah mcm buat dosa besar. Tak reply wasap,kadang smpi p carik lak kt fb.. Gila..
Quote stingerfossils 18-11-2021 05:08 AM
Firenzza replied at 17-11-2021 11:41 PM
Klau kt sini siap la esok kena ceramah free2 klau staff x angkat tpon boss even pkl 12 am

Aku pulak the reverse....staff yg call aku....

Tanya what need to do extras the following day....

You see, when you treat your staff with honour dignity,and trustworthiness....they will work with and for you....

Turnover rate of my work strength very low year in year out....

Ko ghaser?
Quote ladybugz 18-11-2021 05:58 AM
bos kena faham yg staff adalah manusia yg ada ups and down nya. ada urusan yg banyak selain kerja semata2. staff pun kena faham boss juga byk kelemahan dan manusia biasa yg x lari dr buat berbagai2 kesilapan dlm jd seorg leader. in the end of the day, sama2 lah work together. saling faham memahami. ade rasa simpati dan rasa belas. ni ada boss yg dah tekan kerja sampai overload overworked sampai jatuh sakit staff tu, terpaksa mc manjang ditambahnya lagi dengan marah2 ditekan2 mau x sembuh2 sakit staff tu. last2 berenti terus. nak kena cari org lain pulak n train org baru. last2 terpaksa hire 2 org utk buat kerja yg sorg tu. cuba la appreciate org yg buat kerja yg banyak tu, kan dah jimat byk duit company. layan la mereka elok2. jaga kebajikan diorg. dah jatuh sakit staff tu tau nknlepas tangan plus marah2. eh tetiba tercurhat plak. haha
Quote mamaida28 18-11-2021 06:18 AM
ladybugz replied at 18-11-2021 05:58 AM
bos kena faham yg staff adalah manusia yg ada ups and down nya. ada urusan yg banyak selain kerja se ...

betul tu - setuju, jgn kan waktu keje waktu sabtu ahad pun cr staff.pulak2 dalam grp tu ada pulak kaki ampu kaki mengadu..semua keje dia nak wat sorng pastu ckp saya byk keje..sabau ajelah.aku sendiri pun dah mcm situasi dtg keje sbb allah dan sbb tggjawab nak bantu kluarga.ada waktu kan aku doa kat allah, bglah aku kekuatan utk tempuh perkara mcm nie.
stress tau
Quote mamaida28 18-11-2021 06:19 AM
stingerfossils replied at 18-11-2021 05:08 AM
Aku pulak the reverse....staff yg call aku....

Tanya what need to do extras the following day.... ...

yg ini pun aku setuju..
Quote mamaida28 18-11-2021 06:21 AM
Perawankota replied at 18-11-2021 04:48 AM
Tmpt keje lama aku, tak kira time nak wasap.. Kalau x reply, dah mcm buat dosa besar. Tak reply wasa ...

hehehe - hal gini kalau aku sll cari staff kat fb tu time keje atau MIA ajelah time coti  aku x kacau..
tgk situasi gak..




Quote mbhcsf 18-11-2021 06:53 AM
Edited by mbhcsf at 18-11-2021 06:59 AM

bagus le....sbb i pernah terdengar rintihan sowang ni
boss ade je yg for some reasons i pun jujurnya tak tahu benda ni berlaku , boleh macam langgar norma etika adab yg sepatutnya -   ade  yg suruh meeting hari ahad at 10.00  pm  lebih gitu laaa...imagine ahad malam , tak tahu la tergempar or not, tapi i tak tahu for what - urgent ke or berape lama....

mungkin benda penting kot , so i sangka baik jugaks laaa...tapi takkan tak leh tunggu esok monday je, kesian  dia sebab time tu anak dia yg kecik dah nak tido ..dia jugak lagi .....kalau dibuat ni i said kalau meeting tu boleh je dibuat keesokannya tapi saja dibuat awal awal for some reasons , i rasa ini patut diubah.

ambitious pun kene beretika lah... i jujurnya susah respect boss mcm ni seriously beb...

yg pekerja yg ade pendirian depa tolak je sebb itu hari rehat , tapi boss dia tak leh kate ape2 , yg tak sepatutnya berlaku ade staff yg seolah olah dok desak kawan die ke ape suruh on jugak ...ni le satu hal...so kesimpulannya

ade boss macam ni...

gender tu i rahsiakan je lah...


Quote makton 18-11-2021 08:08 AM
lain pulak perangai bos aku.

dia suka baca & balas mesej time lepas office hour. kdg2 pkul 12-1am dia balas.
waktu pejabat busy benor katanya... melainkan benda urgent baru nampak mesej dia time ofis.

kesah plak aku nak balas mesej dia. tggu la esok nya baru aku balas.
mujur dia ckp "klu i hntr mesej lepas office hour sbb i takut lupa, u all balas esok pun takpe"
Quote bottombikini 18-11-2021 08:40 AM
kenapa aku rasa boss kekome begitu kejam

boss aku mmg WA / call bila2 yg dia suka
tapi aku pun reply pada bila2 masa yg aku suka juga
Quote RinIna 18-11-2021 09:03 AM
Selepas aku baca komen2 korang di atas, rupanya masih ramai yg hadap perangai bos macam ni.. dah habis waktu kerja dahlah. Masa untuk keluarga di rumahlah pulak. Aku mmg pntg lepas waktu kerja pun dok sibuk pasal kerja. Ingt hidup ni nak hadap kerja je ke? Ehhh.. stress lak aku. Hahaha.. nasib bos baru skrg ni ok. Kalau dia terpaksa ganggu pun dia akan say sorry sbb ganggu lepas waktu kerja. Dah settle bnda tu x lah dia kacau dah.
Quote mizruncing 18-11-2021 09:08 AM
kalau kat malaysia benda biasa. bila argue kata kita bukan 8-5 9-6 fokus buat kerja pon. campur tolak makan, main fesbuk, berforum bagai
Quote ketupatnasi 18-11-2021 09:09 AM
Kul 5 dah takde sapa cari. Kaunter gomen pun tutup kul 4:30 ptg. Kul 5 dah boleh pakai losen, bedak n lipstick bagai. 5.15 dah boleh kelek beg. Mampoooo??

Uols orang penting pastu pangkat beso2 tu pasal boss carik
Quote cmf_premierleag 18-11-2021 09:15 AM
boss bodoh bahlol babi je yang tak paham staff ko tu org dewasa
sbg org dewasa, dia ada komitmen..kalo single skalipun, dia ada komitmen pd family members lain
kalo dh kawen, toksah cakap la mmg ada komitmen
bos2 yg tak reti respek staf ni mmg selayaknya kene santau and dipadankan muka kalo kene kobid dan ada masalah keluarga
Quote cmf_premierleag 18-11-2021 09:19 AM
bottombikini replied at 18-11-2021 08:40 AM
kenapa aku rasa boss kekome begitu kejam

boss aku mmg WA / call bila2 yg dia suka

bos lama aku lg celaka
ms WFH pkp tu, dia htr wassap kul 10.15am
pastu kul 10.17am dia tanya apsal x reply lg
aku baca kul 10.30am and mmg sengaja x reply.saja nk bagi sakit hati dia
baru dua minit ko dh memekak mcm sial
lps almost 12jam, kul 11.59pm baru aku reply  
pedulik apa aku
bukan urgent pun ..mcm la kalo aku cepat2 reply, nanti GDP Msia naik sehingga 10% bagi suku tahun kedua
Quote bottombikini 18-11-2021 10:20 AM
cmf_premierleag replied at 18-11-2021 09:19 AM
bos lama aku lg celaka
ms WFH pkp tu, dia htr wassap kul 10.15am
pastu kul 10.17am dia tanya apsal ...

hahaha..mesti dia bengkak
adan uke


Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.336513 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top