View: 2855|Reply: 42
|
Haramkan Judi Satu Pencabulan, Kit Siang Seru Pengundi Melaka Tolak PAS, PN & BN
[Copy link]
|
|
Pemimpin Kanan DAP Lim Kit Siang mengajak semua pengundi di Melaka menolak calon Pas, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional berikutan tindakan Kerajaan Kedah mengharamkan judi.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa tindakan Kerajaan Kedah pimpinan Pas mengharamkan judi merupakan satu pencabulan kepada Rukun Negara.
“Memandangkan PAS telah mengharamkan aktiviti perjudian di Kedah dan membangkitkan isu mengenai arak, mencabuli prinsip pembinaan negara bangsa Rukun Negara untuk mendapatkan undi di Melaka.
Kredit foto: FB
“Marilah pengundi di Melaka menolak secara bulat-bulat calon PAS, PN, dan BN akibat pencabulan Rukun Negara ini,” katanya.
Menurut Kit Siang, Malaysia ada lima prinsip pembinaan negara bangsa yang termaktub dalam Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.
Kita Siang mendakwa Pas telah menggunakan isu larangan perjudian untuk memancing undi di Melaka.
“Sekiranya PAS ini menerima prinsip dan matlamat Rukun Negara serta matlamat untuk Utamakan Malaysia, maka Menteri Besar Kedah dari PAS tidak akan cuba untuk menimbulkan isu larangan perjudian untuk memancing undi di Melaka atau cuba menggunakan isu Wiski Timah untuk tujuan politik.
“Saya seru pengundi di Melaka untuk memberikan pengajaran kepada calon PAS, PN dan BN dalam PRN Melaka pada 20 November ini, kerana rakyat Melaka dan rakyat Malaysia dapat membayangkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara sekiranya kelima-lima prinsip pembinaan negara bangsa ini ditolak,” katanya.
Tambah beliau, cubaan untuk mengawal moral dalam masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya adalah satu perbuatan yang salah, bersifat ekstremis, dan tidak bertoleransi.
Sebaliknya, menurut Kit Siang, Malaysia perlu menggembeleng nilai-nilai murni daripada empat tamadun hebat dunia Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat yang terdapat di negara ini.
“Mengapakah rakyat Malaysia perlu bergaduh mengenai perbezaan keagamaan atau tamadun lampau mereka? Sebaliknya kita perlu mengambil kedudukan bertoleransi terhadap kepelbagaian agama, budaya, dan tamadun yang bertemu di negara kita ini untuk menjadi sebuah negara hebat yang berkelas dunia,” katanya.
Sumber: Suara Merdeka
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh ke undi online je.. Risau aku jadi macam prn sabah.. Trauma wei berkurung. Minta jauh la |
|
|
|
|
|
|
|
Kau ingat negara ni nak mengajar berjudi kat rakyat ke. Gi ajar anak2 cucu kau berjudi kat genting tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kena la berjudi, baru kaum tu dapat untung maaa |
|
|
|
|
|
|
|
Berharap ada pihak yang bawa pas ke muka pengadilan kerana telah mencabuli hak kebebasan sepertimana yang telah di beritahu oleh kid siem youeng |
|
|
|
|
|
|
|
M.Daud Kilau
Gila Judi Lyrics
banyak orang gila judi
banyak orang gila judi
hai judi merosak diri
merosak diri
banyak yang setengah mati
akibat judi
kalau sedang main pakau
banyak orang naik angau
mereka selalu risau
selalu risau
sama-sama jadi sasau
hai jadi sasau
satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
limaaaaaaa ringgit
satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
lima ringgit
haaaaaangusssss....
kalau sudah gila judi
kalau sudah gila judi
dia lupa anak isteri
hai anak isteri
dia lupa anak isteri
hai anak isteri
kalau kecanduan judi
kalau kecanduan judi
akhirnya setengah mati
setengah mati
akibat judi
tolak habuk
jalan kaki
gigit jari
kalah judi...
|
|
|
|
|
|
|
|
penjudi ni ada banyak spesis
ada yg nak berhibur. ada yg ketagih nak thrill.
ada yg nak kaya. yang nak kaya tu yg bodoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 17-11-2021 08:51 PM
M.Daud Kilau
Gila Judi Lyrics
P. Ramlee dulu gila judi. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 17-11-2021 09:10 PM
P. Ramlee dulu gila judi.
Sebab tu ada lagu Gila Mahjong.
|
|
|
|
|
|
|
|
1 negeri Kedah haramkan arak dan judi
Habis menggelabah semua Non Muslim 1 Malaysia
Sekarang siapa kena tunduk siapa |
|
|
|
|
|
|
|
Ok...dah tolak PAS, BN n PN.. Yg tinggal apa je? |
|
|
|
|
|
|
|
berjudi ngn main mahjong tu sama jer kan...agama selain islam pun x bg jgk kan kalau berjudi |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah cerita bab agama bagaila. Dari sudut ekonomi, industri judi ni hanya kayakan tokey kapitalis judi aje.
So wakil rakyat ni wakil kepentingan rakyat ke atau kepentingan tokey? |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa suruh kacau hak orang bukan Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa tindakan Kerajaan Kedah pimpinan Pas mengharamkan judi merupakan satu pencabulan kepada Rukun Negara.
pencabulan rukunegara yg mana satu tuh?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|