CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cucu PM, Jeanelle Nika Mandagie Curi Perhatian ketika Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021

18-11-2021 10:56 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9155| Komen: 83

Description: Kehadiran cucu Perdana Menteri, Jeanelle Nika Mandagie ketika menemani datuknya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021 di bangunan Parlimen semalam berjaya me ...



Kehadiran cucu Perdana Menteri, Jeanelle Nika Mandagie ketika menemani datuknya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021 di bangunan Parlimen semalam telah mencuri tumpuan ramai.

Jeanelle, 4, yang merupakan anak sulung kepada pasangan pereka fesyen ternama, Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Sabrina Ismail dilihat tidak kekok menyusun langkah meskipun gerak-gerinya sentiasa dirakamkan kamera ketika dipimpin datuknya pada majlis itu. 

Walaupun banyak mata memerhati, Jeanelle kelihatan bersahaja dan berjalan penuh yakin persis model cilik meniti pentas peragaan. Malah Jeanelle dilihat begitu manja terutama ketika berada disamping Ismail Sabri.




Menerusi perkongsian di Instagram Ismail Sabri, rata-rata pengguna media sosial memuji kecomelan Jeanelle selain menyifatkan kanak-kanak itu sebagai bijak, lapor Kosmo.

Terdahulu, Ismail Sabri menghadiri sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang turut disertai oleh cucunya.


Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, kanak-kanak amat berharga di hatinya kerana mereka merupakan anugerah tuhan yang amat bererti.

“Saya percaya, adalah tidak memadai jika kita hanya memperuntukkan satu hari dalam setahun untuk memperingati hak dan keperluan yang sepatutnya dinikmati mereka,” katanya.

Perdana Menteri turut menyeru Keluarga Malaysia supaya lebih berusaha untuk melindungi kanak-kanak kerana mereka bakal menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang.

“Setiap kanak-kanak mempunyai hak asasi untuk mendapatkan pendidikan dan membesar dalam suasana yang kondusif agar mereka mampu menjadi individu yang boleh mencapai potensi penuh serta mengejar impian mereka,” katanya. 


Melalui tinjauan di Instagram PM dan anaknya Datin Nina, banyak gambar dan video terdahulu memaparkan keakraban Datuk Seri Ismail Sabri dengan cucunya. Ismail Sabri juga dilihat sangat penyayang dan "sporting" dengan anak-anak dan cucunya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 18-11-2021 10:58 AM
Keluarga Malaysia ke Keluarga PM Malaysia?
Quote c===8 18-11-2021 11:00 AM
nama cucu kemainnn
Quote Tinot7 18-11-2021 11:00 AM
bambam.. comey jahh
Quote lattehazelnut 18-11-2021 11:08 AM
Tembam miss lim sekarang..
Quote Kadbaru 18-11-2021 11:13 AM
Nama cucu tersangatlahh melayu
Quote kakikuDibibirmu 18-11-2021 11:14 AM
Kadbaru replied at 18-11-2021 11:13 AM
Nama cucu tersangatlahh melayu

Takkanlah nak letak nama Muammar Gaddafi pulak
Quote Kurex 18-11-2021 11:26 AM
Hujung2 panggil ika.. takpun jeni
Quote Samerosie 18-11-2021 11:45 AM
Tak nak komen pasal cucu PM, tapi dua orang budak dalam penifore tu from my secondary school..
Quote CiliPadiSedap 18-11-2021 11:58 AM
kakikuDibibirmu: Takkanlah nak letak nama Muammar Gaddafi pulak


muammar friska ghadafi

Quote makneng 18-11-2021 12:01 PM
lattehazelnut: Tembam miss lim sekarang..


Kenapa panggil Lim uolls?
Quote ardent91 18-11-2021 12:31 PM
Kadbaru replied at 18-11-2021 11:13 AM
Nama cucu tersangatlahh melayu

Tgokla nama bapaknya mcm mana...

Quote ardent91 18-11-2021 12:31 PM
Samerosie replied at 18-11-2021 11:45 AM
Tak nak komen pasal cucu PM, tapi dua orang budak dalam penifore tu from my secondary school..

yg warna biru putih or hijau berstripes tu? and ko skolah secondary mana?

Quote Radzor 18-11-2021 12:34 PM
Hitam. Kacukan mana tu
Quote lattehazelnut 18-11-2021 12:36 PM
makneng replied at 18-11-2021 12:01 PM
Kenapa panggil Lim uolls?

Daddy dia panggil dari kecik miss lim kat insta..
Quote Samerosie 18-11-2021 01:06 PM
ardent91 replied at 18-11-2021 12:31 PM
yg warna biru putih or hijau berstripes tu? and ko skolah secondary mana?

ha ah yg penifore biru putih tu.  Tapi masa I sekolah dulu, badge dia macam ni.

248553_204739569569182_7141258_n.jpg
Quote supernaturalee 18-11-2021 01:15 PM
fans janlle monae kot


[youtube]Sv6dMFF_yts[/youtube]
Quote Artemesiaa 18-11-2021 01:16 PM
Atuk kalau dengan cucu selalu kalah terus jadi diri sendiri
Quote missus_meow 18-11-2021 01:22 PM
stylo budaknya ... budak2 baya ni selalunya comey2 ...
Quote sukacactus 18-11-2021 01:31 PM
Aku selalu lupa sapa pm kita skrg

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.082467 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top