CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seksa Dan Bunuh Tahanan, Bekas Ketua Polis Daerah Berdepan Hukuman Mati

18-11-2021 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2220| Komen: 7

Description: Bangkok: Bekas ketua polis daerah di Thailand yang digelar 'Joe Ferrari' kerana gaya hidup mewahnya berdepan hukuman mati selepas dia didakwa atas tuduhan membunuh tahanan dengan menyeksa ketika prose ...
Bangkok: Bekas ketua polis daerah di Thailand yang digelar 'Joe Ferrari' kerana gaya hidup mewahnya berdepan hukuman mati selepas dia didakwa atas tuduhan membunuh tahanan dengan menyeksa ketika proses soal siasat.


Thitisan Utthanaphon mendapat gelaran itu kerana minatnya terhadap kereta mewah ketika skandal rasuah mengejutkan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Thailand, lapor AFP.

Rakaman video Ogos lalu menunjukkan sekumpulan pegawai yang didakwa termasuk Thitisan, menekup kepala suspek sambil menyoalnya.

Joe Ferrari, Foto: Agensi

Suspek berusia 24 tahun meninggal dunia dalam tahanan polis dan video tular itu mendorong siasatan terhadap tindakan Thitisan dan enam pegawai lain.


Isnin lalu, Pejabat Peguam Negara Thailand mengumumkan bahawa semua tujuh pegawai itu akan berdepan pertuduhan.

"Peguam Negara bersetuju mendakwa semua mereka dengan empat pertuduhan," kata jurucakap Ittiporn Kaewthip.

Ia termasuk dua pertuduhan bersubahat, satu pertuduhan membunuh dan pembunuhan dengan penyeksaan.

Jika didapati bersalah membunuh dengan penyeksaan, mereka akan dijatuhi hukuman mati, satu-satunya hukuman untuk kesalahan terbabit.

Kes itu diserahkan ke Mahkamah Jenayah Pusat negara kerana rasuah dan salah laku.

Selepas rakaman kejadian itu tular pada Ogos, Thitisan, 41, yang juga bekas ketua polis daerah di wilayah utara Nakhon Sawan menyerah diri kepada polis.

Pihak berkuasa menyerbu rumah agamnya di Bangkok dan menemui 13 kereta mewah.

Ketika sidang media, beliau menafikan sebarang salah laku, sebaliknya berkata, kematian suspek adalah kemalangan.

Pemerhati hak asasi manusia berkata, skandal itu menyebabkan kepercayaan terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang Thailand yang semakin terhakis kerana sering dikaitkan dengan urus niaga dan aktiviti haram untuk kepentingan peribadi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 18-11-2021 09:10 AM
masa buat tu tak tau ada cctv ke? ke memang ingat akan lepas sbb kabel kuat
Quote hareeeesah 18-11-2021 09:51 AM
Wow, ada rumah agam & 13 kereta mewah pun hidup sudahnya tak aman.. pi seksa orang kenapa.
Quote Kadbaru 18-11-2021 10:27 AM
Edited by Kadbaru at 18-11-2021 10:30 AM

Bagus la tu
Quote missyL 18-11-2021 10:36 AM
Muda lg dah jdi ketua polis.
Bangkok @thai dah la lubuk dadah..
Kereta mewah lg.

Nape lah kt msia xde siasat n hukum cmnie
Quote nononcrux 18-11-2021 11:02 AM
kalau gitu mmg betul la ada dalam cerita thailand.. bukan rekaan semata is reality
Quote Adrif 18-11-2021 03:59 PM
mizruncing replied at 18-11-2021 09:10 AM
masa buat tu tak tau ada cctv ke? ke memang ingat akan lepas sbb kabel kuat

ada cctv rasanya. haritu macam nampak ada beberapa gambar waktu kejadian tu, kat laman web berita lain
Quote makadek 18-11-2021 04:01 PM
Apa pengalaman dh ketua polis
Ni mesti cover tokan2

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.202947 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top