CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dikecam Kerana Didakwa Berkahwin Dengan Pakcik Sendiri

18-11-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3024| Komen: 15

Description: Seorang wanita dari Sulawesi Selatan dikecam netizen gara-gara video pernikahannya bersama bapa saudaranya tular di aplikasi Tik Tok, lapor portal berita Wolipop semalam.
Seorang wanita dari Sulawesi Selatan dikecam netizen gara-gara video pernikahannya bersama bapa saudaranya tular di aplikasi Tik Tok, lapor portal berita Wolipop.


Video yang mendapat kecaman netizen itu dimuat naik di akaun bernama @indahnya_veri beserta keterangan yang menyatakan bahawa pengantin perempuan bertemu jodoh dengan bapa saudaranya.

“Maafkan saya kerana ingin bertanya. Bolehkah berkahwin dengan bapa saudara?” kata seorang netizen.

“Mana boleh berkahwin dengan anak saudara sendiri,” komen seorang lagi.


Foto: Tiktok


Wolipop kemudiannya meminta penjelasan daripada individu asal yang memuat naik video tersebut.

Kata individu tersebut yang dikenali sebagai Haslinda, pengantin perempuan yang berkahwin dengan bapa saudaranya itu bernama Rindiani dan bapa saudaranya bernama Herman. 

"Perkahwinan mereka telah diaturkan. Pengantin perempuan ialah anak saudara kepada pengantin lelaki, tetapi bukan anak saudara kandung. Pengantin lelaki merupakan sepupu kepada ibu pengantin perempuan. Jadi, istilahnya adalah bapa saudara sepupu,’’ kata Haslinda.

"Dalam salasilah, pengantin lelaki adalah generasi pertama, manakala pengantin perempuan adalah generasi kedua. Jadi, kebiasaannya kami panggil pak cik atau mak cik,’’ tambah Haslinda.

Ketika disahkan Wolipop, Haslinda berkata, ramai netizen yang salah faham mengenai perkahwinan itu dan menyatakan bahawa ia tidak sepatutnya berlaku. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 18-11-2021 09:44 AM
oh, mmg bleh kawen la..bukan mahram pun..mcm anak YDPA tu..pengantin indon ni la x jelaskan btol2 awalnya..
Quote wanokakaka 18-11-2021 09:49 AM
dah kau pun upload gitu lepastu ckp netizen salah faham.. saje jela tu buat video mcmtu lepas kena kecam bru la nak terangkn bagai... ee
Quote salimrock 18-11-2021 09:50 AM
ada 1 kg kat semenanjung malaysia timur , adik beradik mak bapak ramai sangat, jd bila diroang kawin, anak2 diorang pn ramai juga...

mereka duduk sekampung,  

jd kadang2 mereka tertarik sesama sepupu mereka sendiri, lantas mendiri kan rumah tangga ...

Quote salimrock 18-11-2021 09:53 AM
kawan aku ada 2 pupu, tp agak rapat sebab tinggal berdekatan,

2 pupu ni cam cari pasal je dgn  kawan wa...

sekali tu diroang  nak comolot,

kawan wa ckp, aisey terbayangkan bapak dia... , muka ada iras bapak dia sikit, tp yg ni cun la puteh,

putus smpai situ je la, tp mereka  masih berkawan baik
Quote ketupatnasi 18-11-2021 09:53 AM
Dia kalau berita dari seberang ni kena baca 2 kali baru sampai.

......pengantin perempuan yang berkahwin dengan bapa saudaranya itu bernama Rindiani dan bapa saudaranya bernama Herman......
Quote fealefea 18-11-2021 10:29 AM
bukan bukan jee
Quote missyL 18-11-2021 10:32 AM
Kene kecam x pe asal dpt viral dulu.
Quote c===8 18-11-2021 10:38 AM
indon sanggup buat apa saja demi batak konten

tak mustahil sampai ke tahap suruh kawan rekod dia berak sambil makan najis sendiri
Quote nononcrux 18-11-2021 11:01 AM
yindon yindia tak ada beza sama saja
Quote Kadbaru 18-11-2021 11:14 AM
Yindon yg penting viral
Quote Kurex 18-11-2021 11:30 AM
Semoga anak reporter yg rajin bukak benang pasal indon akan jadi hamba abdi dekat negara indon sementelah dibawak lari oleh pasangannya yg biawak..
Quote damsel_fiji 18-11-2021 11:34 AM
x abis2 la berita sampah ummah santet ni masuk forum..penting sgt ke berita ni oiiiii
Quote tikusmontok 18-11-2021 02:43 PM
Kurex replied at 18-11-2021 11:30 AM
Semoga anak reporter yg rajin bukak benang pasal indon akan jadi hamba abdi dekat negara indon semen ...

Semoga beranak, bukan ummah jadian
Quote capiloton 18-11-2021 03:09 PM
kalau status sepupu pun boleh kahwin, ini kan bapa saudara sepupu.

Pengantin lelaki merupakan sepupu kepada ibu pengantin perempuan. Jadi, istilahnya adalah bapa saudara sepupu,’’ kata Haslinda.


pengantin pompuan kahwin dengan sepupu mak dia ler.
mmg ler boleh kawen.
Quote Decaffeinated 18-11-2021 04:48 PM
Dah dijelaskan ini cuma Pak sedara sepupu why masih jadi berita. So beritanya netizen keliru? Lepas tu masuk forum dengan tajuk yg tak berapa betul sebab TT pun gagal membaca.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052420 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top