CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belum Ada Khabar Dari TMJ - Hafizh

17-11-2021 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3126| Komen: 5

Description: Bekas pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah masih menanti perkhabaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menzahirkan minat menajanya Jun lepas.
Bekas pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah masih menanti perkhabaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menzahirkan minat menajanya Jun lepas.


Hafizh, yang kini berada di London, United Kingdom atas urusan peribadi berkata beliau menunggu waktu sesuai untuk menghadap Tunku Ismail selepas difahamkan baginda sibuk dengan urusan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim selain membantu rakyat Johor yang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

"Belum ada lagi (perkhabaran penajaan), baginda sangat sibuk ketika ini kerana ada kerja lain yang perlu diselesaikannya. Lepas balik Malaysia, saya sudah free dan tidak buat apa-apa, mungkin tunggu waktu sesuai (menghadap baginda)," katanya kepada pemberita baru-baru ini.



Kredit foto: Instagram

Tunku Ismail menarik perhatian peminat sukan permotoran tanah air selepas menzahirkan hasrat menaja pelumba Moto2 negara itu semasa reaksi balas baginda terhadap satu soalan sama ada berminat untuk menaja Hafizh, yang dilontarkan seorang pengguna Instagram.

"Saya berminat," demikian reaksi ringkas terhadap soalan berkenaan dalam sesi soal jawab di laman Instagram baginda.

Hafizh yang bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim 2022, mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Moto2, Ahad lepas.

Dalam perlumbaan terakhirnya pada saingan Moto2, pelumba pasukan NTS RW Racing GP itu, menamatkan saingan di tempat ke-15 daripada 25 pelumba pada Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol.

Penghijrahan ke WSBK juga menyaksikan pelumba berusia 27 tahun itu menamatkan perjalanan karier selama lapan musim dalam saingan MotoGP, termasuk dua musim bersaing untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014. 


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 17-11-2021 06:42 PM
Harap byk la simpanan ko masa tua nti. Skrg pon da minta2. Nti da tua jgn sbuk minta bntuan dkt rakyat bias pula dgn alasan bekas atlit. Sdgkan lifestyles masa muda bkn main agak mewah tnjuk dkt media sosial
Quote binisupir 17-11-2021 07:37 PM
dia ni macam suka meminta. hari tu nak bawa bini ke luar, hari ni pulk. duh
Quote mamajawie 18-11-2021 10:25 AM
benda simple..kalau stakat kluar ayat ringkas dua patah perkataan je tu belum tentu orang tu nak taja ko..melainkan dia sendiri hantar wakil (yelah dia org besau) ckap dia memang berminat nak taja ko baru la ko bleh mengharap..ko pun prestasi ke laut mati acaner org besau tu nk taja ko??dia akan taja bila dia nampak benda bleh buat duit je..
Quote mizruncing 18-11-2021 10:59 AM
dia ni nampak mewah gak kan laki bini? ada duit takyah tunggu nak sponsor kot
Quote blakerainer 18-11-2021 11:32 AM
Motorsport ni bukan adik tmj tu ke yg handle. Cuba la nasib minta kt dia

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046783 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top