Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan, 38, tidak mahu masyarakat atau mana-mana pihak membandingkan gaya pemakaiannya dengan artis atau personaliti lain.
Ia berikutan ramai memujinya walaupun bertudung, tetap kekal berfesyen serta masih lagi cantik dan sopan menutup aurat berbanding segelintir artis lain yang bertudung tetapi dilihat 'telanjang' kerana tidak sempurna. "Saya rasa perjalanan masing masing itu berbeza. Matlamat saya hanya nak perbaiki dari sudut macam mana saya boleh jadi Nana Mahazan yang lebih baik berbanding semalam.
"Apa yang dibuat bukan untuk dibandingkan dengan mana-mana individu atau mengikut sesiapa. Malah, saya pun rasa macam tidak layak kalau cara saya berpakaian dipuji dan sebagainya sebab banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbetulkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurutnya, dia juga kini sentiasa mencuba untuk memperkasakan dirinya dengan ilmu. Justeru, dia menasihati orang ramai agar tidak mudah menghakimi sesiapa. "Biarlah Allah saja yang menilai dan kita sentiasa mendoakan sesama kita. Berbaik-baiklah kita sentiasa sebab saya percaya, doa itu sangat mustajab. Daripada kita mengata apa yang tak kena di mata, ada baiknya kita doa moga dipermudahkan segalanya," katanya. Nana yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2003 mula bertudung sempena Awal Muharam pada Ogos lalu. "Hijrah itu pengorbanan kan? Jadi saya rasa masa untuk saya korbankan apa yang saya suka (rambut saya) pada Allah yang tak pernah berhenti menyayangi saya. "Saya rasa sangat lain sekarang dan sukar jelaskan perasaan ini bagaimana. Apa yang saya buat bukanlah untuk dipuji. Tapi alhamdulillah jika ia boleh jadi inspirasi. Saya hanya nak perbaiki diri. Apa yang berlaku adalah rahsia Allah dan kita doakan yang terbaik," katanya. Sumber: Harian Metro
|
dudaberhias replied at 17-11-2021 08:28 PM
Ok iols nak bandingkan rhoperr dia masa bertudung ni sama rhoper dengan dahlia shazwan, kebetulan du ...
234126 replied at 17-11-2021 08:37 PM
baru nampak pajura pakai tudung 70an ikat belakang tu nampak leher sikit. Keciwa tapi takpa la dia b ...
kiah_mai_pulak replied at 17-11-2021 08:23 PM
jgn lah duk puji2 sgt, cukuplah doa yg baik2.. jauh lg perjalanan tu.. arini je ada berita hana taji ...
ADVERTISEMENT