CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Ayu Damit Dituduh Menempel Isteri Demi Glamor

17-11-2021 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3876| Komen: 14

Description: Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit,31, tidak menafikan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin atau Poji,31, kerap bersamanya ke mana-mana program seni hiburan kebelakangan ini.
Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit,31, tidak menafikan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin atau Poji,31, kerap bersamanya ke mana-mana program seni hiburan kebelakangan ini.


Keberadaan suami di samping Ayu sekali gus menyebabkan ada cakap-cakap mendakwa Poji cuba ‘menempel’ isteri demi glamor.


Foto: IG

Ayu berkata, apa yang dilakukan hanyalah demi mencari rezeki dan tiada sebab untuk berbuat demikian.

“Tak adalah sampai nak tagih populariti pun. Setakat ini, baru dua kali suami muncul di kaca televisyen. Pertama menerusi satu ‘game show’ dan terbaru untuk sebuah program masakan.


“Mana ada hadap glamor pun? Kalau nak, sudah lama buat tapi kami percaya kepada rezeki. Jika kena pada masa dan kesesusaian, saya tak nampak sebab untuk tolak peluang,” katanya.



Dalam pada itu, Ayu akui suaminya seorang pemalu dan mereka akan berbincang terlebih dulu sebelum bersetuju shooting bersama.

“Dulu suami jarang ke depan sebab biarlah dia fokus dengan tanaman cili dan fertigasi yang diusahakan.

“Sebelum ini, suami memang pemalu berada di hadapan lensa kamera. Tapi mungkin kerana kerap menemani saya jika berkelapangan sebelum ini menyebabkan pendedahan itu diterimanya sedikit demi sedikit.



“Kami pun memang sama-sama cari rezeki, dari awal kahwin sampailah sekarang. Jadi apalah salah jika sesekali dia pun terlibat dalam skop kerja saya pula. Cuma, biarlah berpada-pada.

“Kami muncul berdua di kaca TV pun menerusi program berkonsepkan famili. Saya akan bertanya suami dahulu, mahu ‘masuk TV’ atau tidak. Perlu berbincang terlebih dulu dan minta izinya,” kata Ayu.

Terdahulu, Ayu ditemui pada majlis Hi-Tea dan Pelancaran Produk Baharu Figura International di Flamingo by The Lake, Kuala Lumpur pada Ahad.



Pada majlis itu, syarikat tersebut melancarkan dua produk kesihatan iaitu Figura dan Figura Coffe Latte.

“Untuk pelancaran ini, semua sudah maklum dengan keberkesanan produknya. Saya mengenali rapat Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid dan sudah mencubanya sebelum ia dilancarkan lagi.



“Jadi saya hadir untuk beri sokongan. Tumpang gembira tengok rakan-rakan berjaya, insyaAllah,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kera2020 17-11-2021 02:34 PM
jangan ambik port ayu. lantak apa orang kata. laki sendiri kot
Quote mizruncing 17-11-2021 02:48 PM
tiberrr sis teringat laki bellazzz
Quote missyL 17-11-2021 03:26 PM
Dah laki die ikut la bini die.
Xkn nk ikut bini org lain plak
Hahahaah
Quote dudaberhias 17-11-2021 03:31 PM
tak payah la gigih tuduh menempel sebab memang tak popular pun...
sebab bini dia pun sendusss dikkk...
lain la bini dia tu Jahlop ke atau kurang2 pun mami mas chepit menopos tapi masih bernafsu nak pengarah astro ke tv3
Quote msdummy.2018 17-11-2021 03:39 PM
Sampah sgt benang ni nk gosip pasal ni..ker yg lebihnya ko mmg nk rosakkan rumahtangga org???org tuh dh lama kawin celah mana dos menempel populariti binik? Ko dh kenapa wartawan...dosa ko kenal rak?
Quote Belibis 17-11-2021 03:47 PM
Masalahnya glamour ke bininya???
Quote anakjiran 17-11-2021 05:07 PM
Ok tak kenal
Quote Suchi 17-11-2021 05:39 PM
mizruncing replied at 17-11-2021 02:48 PM
tiberrr sis teringat laki bellazzz

Laki dia tu keje apa ye?
Takleh la tgk muka laki dia tu huhu
Muka dia terlalu kedah huhu
Quote kukukatablog 17-11-2021 06:06 PM
sheols waktu free hair, kira Oprah Malaysia lah...
Quote mizruncing 18-11-2021 08:55 AM
Suchi replied at 17-11-2021 05:39 PM
Laki dia tu keje apa ye?
Takleh la tgk muka laki dia tu huhu
Muka dia terlalu kedah huhu

nta laa meols pon tak blh nak hadam. dengan muka senyum kambing lagu tu
Quote anony-mous 18-11-2021 08:57 AM
mizruncing replied at 17-11-2021 02:48 PM
tiberrr sis teringat laki bellazzz

Haha hat tu mmg xtau reje apa. Yg ni kita dpt agk la tlg tanam cili. Geng dia si bihan tu pon i wonder laki keje apa?
Quote mizruncing 18-11-2021 09:16 AM
anony-mous replied at 18-11-2021 08:57 AM
Haha hat tu mmg xtau reje apa. Yg ni kita dpt agk la tlg tanam cili. Geng dia si bihan tu pon i wo ...

tuh laa pasal. manjang menempel bini memasing. pas tu kata susah senang bersama
Quote enot_sibudak 18-11-2021 09:26 AM
anony-mous replied at 18-11-2021 08:57 AM
Haha hat tu mmg xtau reje apa. Yg ni kita dpt agk la tlg tanam cili. Geng dia si bihan tu pon i wo ...

laki dia keja ngan Bella la kot.. jd drebar... hahaha.. iols pernah dengar Bella cita, utk serius dalam bidang dia skrg, mat nuart berhenti keja utk tolong dia n bawak dia ke sana ke mari... sbb tu dia syg sungguh kt laki dia kata ya.. korban kerja ya demi tgk bini capai impian.. gituhhhh
Quote brown_pupil 18-11-2021 10:29 AM
glamer ke bini dia in the first place?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.075992 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top