CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4009|Reply: 23

"Jangan Bandingkan Saya Dengan Artis Lain" - Nana Mahazan

[Copy link]
Post time 17-11-2021 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan, 38, tidak mahu masyarakat atau mana-mana pihak membandingkan gaya pemakaiannya dengan artis atau personaliti lain.


Ia berikutan ramai memujinya walaupun bertudung, tetap kekal berfesyen serta masih lagi cantik dan sopan menutup aurat berbanding segelintir artis lain yang bertudung tetapi dilihat 'telanjang' kerana tidak sempurna.




Kredit foto: IG Nana




"Saya rasa perjalanan masing masing itu berbeza. Matlamat saya hanya nak perbaiki dari sudut macam mana saya boleh jadi Nana Mahazan yang lebih baik berbanding semalam.


"Apa yang dibuat bukan untuk dibandingkan dengan mana-mana individu atau mengikut sesiapa. Malah, saya pun rasa macam tidak layak kalau cara saya berpakaian dipuji dan sebagainya sebab banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbetulkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Menurutnya, dia juga kini sentiasa mencuba untuk memperkasakan dirinya dengan ilmu.


Justeru, dia menasihati orang ramai agar tidak mudah menghakimi sesiapa.


"Biarlah Allah saja yang menilai dan kita sentiasa mendoakan sesama kita. Berbaik-baiklah kita sentiasa sebab saya percaya, doa itu sangat mustajab. Daripada kita mengata apa yang tak kena di mata, ada baiknya kita doa moga dipermudahkan segalanya," katanya.


Nana yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2003 mula bertudung sempena Awal Muharam pada Ogos lalu.




Kredit foto: IG Nana




"Hijrah itu pengorbanan kan? Jadi saya rasa masa untuk saya korbankan apa yang saya suka (rambut saya) pada Allah yang tak pernah berhenti menyayangi saya.


"Saya rasa sangat lain sekarang dan sukar jelaskan perasaan ini bagaimana. Apa yang saya buat bukanlah untuk dipuji. Tapi alhamdulillah jika ia boleh jadi inspirasi. Saya hanya nak perbaiki diri. Apa yang berlaku adalah rahsia Allah dan kita doakan yang terbaik," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk style Nana now, simple, selesa & tak nampak try hard.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa samgka Nana berubah mcm ni?
Knowing Nana dr zaman AF..social life dia..
Alhamdulillah..walaupun berhijab tapi tetap trendly dgn fashion yg x ketat metat.
You go Nana
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn lah duk puji2 sgt, cukuplah doa yg baik2.. jauh lg perjalanan tu.. arini je ada berita hana tajima dh terbang tudung nya tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok iols nak bandingkan rhoperr dia masa bertudung ni sama rhoper dengan dahlia shazwan, kebetulan dua2 tinggi... Kalau di gandingkan dalam drama sesuai sangat sebagai adik beradik bawang merah bawang putih gittewww... Yang pasti nana akan mengcekik maknya yang dah jadi ikan siakap 3 rasa 1 ribu, lepastu kambuihh tulang maknya belakang umah di bajakan oleh susu pisang expired dan  kek expired mamasabariah.. kemudian tumbuh pokok siap ada buaian... Agitteww lagi meletop dari storyline drama megah holding.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
baru nampak pajura pakai tudung 70an ikat belakang tu nampak leher sikit. Keciwa tapi takpa la dia baru berjinak. Abamtah kena tegur mesti pajura pollow.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jawapan yang baik. suka nengok nana bertudung, kemas berseri wajah. moga istiqamah, hati tetap dalam kebaikan dan rahmat ALLAH amin mudahan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu aku minat dia ni. Walaupun dulu perangai hauk ku tetap suka dgn karakter dia yg jujur dan x try hard sgt. Dia hidup dgn cara dia jer, x nmpk pulak nak menempek kt Ig2 selebriti lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
"Hijrah itu pengorbanan kan? Jadi saya rasa masa untuk saya korbankan apa yang saya suka (rambut saya) pada Allah..."

Gitu konsepnya ya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Keep going nana!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 09:29 AM | Show all posts
insyaAllah.. moga yg baik2 sentiasa disisi kita.. amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 09:36 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 17-11-2021 08:28 PM
Ok iols nak bandingkan rhoperr dia masa bertudung ni sama rhoper dengan dahlia shazwan, kebetulan du ...

dahlia shazwan ni bukan artis kan?
pengacara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 17-11-2021 08:37 PM
baru nampak pajura pakai tudung 70an ikat belakang tu nampak leher sikit. Keciwa tapi takpa la dia b ...

Abamtah ok lah..dia yg suruh pakai seledang2 je..kt takyah la letak harapan yg keterlaluan bl artis berhijrah..biarlah diorg corakkan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 09:50 AM | Show all posts
fuhh dia ni dulu dgn bertindik pusat, kening, idung..dgn rambut colour2 nya.. alhamdulillah harap ini pengakhiran dia sampai menutup mata
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
nana ni masa rambut dia warna warni pun kaka tak rasa pelik sebab nampak kena dengan personaliti dia. Cantik je kaler biru ke merah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nk ckp..hari ni dorang boleh ckp lain esok mungkin ckp lain pula..nnt bila buka tudung netizen juga yg dipersalahkan.lantak lh kau situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
serius terkejut, yelah hidayah milik Allah, mungkin dia pun byk minta Allah bantu untuk berubah, baru tgk dia update workout dgn sport bra je, next weeknya terus litup, mmg betul2 tutup aurat bukan sekadar tutup rambut

moga istiqomah dan tetap hati
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 10:30 AM | Show all posts
sukaa tengok nana pakai tudung. dia rilek2 je style takde over2. dia ngn dahlia syazwan lawa betul style.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 11:04 AM | Show all posts
alhamdulillah, kita doakan yang untuk dia dan kita semua juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 11:08 AM | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 17-11-2021 08:23 PM
jgn lah duk puji2 sgt, cukuplah doa yg baik2.. jauh lg perjalanan tu.. arini je ada berita hana taji ...

ye btul tu kak kiah.. cukup simple dah nana ni.. kann! tetiba jer hana tajima pun dh terbang melayan tudungnya.. xpe laa husnuzon jer laa kan.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.067008 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list