CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pil Pfizer Tunjuk Tanda Menggalakkan

16-11-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1924| Komen: 1

Data awal bagi pil antivirus baru Pfizer menunjukkan tanda-tanda menggalakkan, kata Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID).

Agensi itu kini sedang menantikan data lebih lanjut sebelum menimbangkan kegunaannya untuk pesakit COVID-19.

Data awal menunjukkan ubat itu mampu mengurangkan sebanyak 89 peratus kemungkinan dimasukkan hospital atau kematian dalam kalangan dewasa yang berisiko mengalami penyakit teruk, kata Pfizer pada 5 November lalu.


Kredit foto: Getty Images

Golongan itu termasuk mereka yang mempunyai gejala sederhana dalam masa tempoh lima hari dan berisiko menghadapi penyakit teruk seperti penyakit paru-paru kronik, tekanan darah tinggi atau kencing manis.


Dalam maklum balas kepada The Straits Times, Pfizer berkata ia merancang untuk memberikan hasil percubaan awal supaya pil itu diluluskan bagi kegunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) secepat mungkin.

Ia akan disusuli dengan pemberian hasil percubaan untuk pasaran negara lain walaupun Pfizer tidak dapat menganggarkan garis waktu.

Rawatan pil dikenali sebagai Paxlovid, menggabungkan ubat baru Pfizer dengan ubat antivirus lama, dikenali sebagai ritonavir.

Dalam pada itu, Singapura melaporkan sebanyak 2,304 kes jangkitan baru sehingga Sabtu, lebih rendah berbanding 3,099 pada hari sebelumnya.

14 orang lagi yang berusia di antara 61 tahun dengan 94 tahun meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan COVID-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Namun, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan susut sedikit kepada 0.98, berbanding 1.04 pada Jumaat lalu.

Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat selama seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar yang melebihi satu mencerminkan jumlah jangkitan baru mingguan masih meningkat.

Menurut MOH, kesemua yang mati kecuali satu kes yang belum divaksin sepenuhnya, mengalami masalah kesihatan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 16-11-2021 04:24 PM
hebat.. bye bye vaksin

Molnupiravir
paxlovid
regeneron

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054423 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top