Akibat melarikan diri bersama kekasih, seorang wanita diserang penduduk kampung di Harji, Gujarat Patan, dengan menyapu dakwat ke muka serta mengetuk kepalanya sebagai hukuman.
Lapor India Today, insiden itu dirakam dalam sebuah video sehingga tular dalam media sosial. Penduduk kampung suku Vadi itu menganggap perbuatannya melanggar peraturan suku kaum itu. Wanita itu dilihat menangis teresak-esak dan merayu supaya dilepaskan, namun rintihannya tidak didengari. Difahamkan, penduduk kampung kecewa dengan wanita itu kerana melarikan diri dengan kekasihnya.
Perbuatan itu dianggap mencemarkan nama baik suku kaum itu dan mereka bertindak menghukumnya. Ketua Polis Patan, Supreet Singh Gulati berkata, pihaknya menahan seramai 15 orang selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu. “Penduduk bertindak menghukum wanita itu yang jelas melanggar undang-undang. Daripada 15 yang ditahan, lima orang disoal siasat berdasarkan video itu,” katanya. Sumber: Utusan
|
nononcrux replied at 17-11-2021 09:48 AM
yindia lagi, tak abis-abis smpi keturunan manusia jadi robot pon tak hilang adat
ADVERTISEMENT