Akibat melarikan diri bersama kekasih, seorang wanita diserang penduduk kampung di Harji, Gujarat Patan, dengan menyapu dakwat ke muka serta mengetuk kepalanya sebagai hukuman.
Lapor India Today, insiden itu dirakam dalam sebuah video sehingga tular dalam media sosial.
Penduduk kampung suku Vadi itu menganggap perbuatannya melanggar peraturan suku kaum itu.
Wanita itu dilihat menangis teresak-esak dan merayu supaya dilepaskan, namun rintihannya tidak didengari.
Difahamkan, penduduk kampung kecewa dengan wanita itu kerana melarikan diri dengan kekasihnya.
Perbuatan itu dianggap mencemarkan nama baik suku kaum itu dan mereka bertindak menghukumnya.
Ketua Polis Patan, Supreet Singh Gulati berkata, pihaknya menahan seramai 15 orang selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.
“Penduduk bertindak menghukum wanita itu yang jelas melanggar undang-undang. Daripada 15 yang ditahan, lima orang disoal siasat berdasarkan video itu,” katanya.
citer psl budaya Asia Selatan yg suka menindas wanita, baru2 nih ai tengok 4 episod anthology drama Tamil kat Netflix. satu episod dlm 30-40 minit gitu.
Mula2 ai fikir nak tengok utk kunyah kuaci jah, sekali... hamagaaadd 1st episod saja dah bercucuran air mata ai tengok.
Takda jln cerita meleret2, takda adegan menyanyi2... Highly recommended