Minggu lalu, tular di media sosial mengenai penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hadir di pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) sambil memakai jam tangan mewah dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta. Menerusi temu bual bersama Melodi, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi tampil memberikan respon mengenai jam mewah yang digayakan olehnya yang menjadi bualan netizen. Ujar TokTi, jam itu merupakan hadiah daripada suami tersayang dan dia sama sekali tidak mengetahui harga sebenar jam berkenaan.
Mengulas lebih lanjut, TokTi turut menceritakan Datuk K suka melihat dirinya tampil bergaya dan gemar membeli koleksi-koleksi jam.
Bukan sahaja jam, mata tajam netizen dapat menangkap beg tangan yang dipakai oleh TokTi juga merupakan beg tangan mewah yang harganya hanya peminat beg tangan sahaja dapat teka. Menjawab mengenai beg tangan, pelantun lagu Bidadari Syurga itu memberitahu beg tangan mewah yang dibelinya merupakan cadangan daripada pereka fesyen terkenal, iaitu Rizman dan boleh dipadankan dengan baju yang dipakai olehnya. TokTi pada masa yang sama, turut akui dirinya bukan kaki shopping seperti wanita-wanita lain.
|
makadek replied at 16-11-2021 08:11 AM
Aku dengar cara totti jawab mmg humble
Mcm aku bkn kaki shoping
Org kaya tak gaduh mana nk itu ini
jiwarasa replied at 16-11-2021 08:21 AM
Kan... Sikit pun tak berlagak
Yg lucunya wartawan melodi ajak mak iti membawang pasal iqbal.. Ada ...
jiwarasa replied at 16-11-2021 08:21 AM
Kan... Sikit pun tak berlagak
Yg lucunya wartawan melodi ajak mak iti membawang pasal iqbal.. Ada ...
sayang replied at 16-11-2021 08:35 AM
well, org yg betul2 kaya ni bukan dia pi kedai, kedai yg cari dia.
Gi kedai pastu minta kedai tutup ...
MissYouSayang replied at 16-11-2021 08:59 AM
Tokti bukan kaki shopim tapi kaki caras..
ADVERTISEMENT