Bukan hanya video sedutan drama menggandingkannya dengan Redza Rosli itu trending di aplikasi TikTok, malah berjaya membolosi pencalonan awal Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, baru-baru ini.
Namun, nama gadis yang mesra disapa Rose itu belum cukup kuat untuk menembusi kelompok finalis. "Alhamdulillah, biarpun kemunculan saya dalam drama dikritik teruk, namun, saya tetap bersyukur kehadiran saya semakin diterima penonton dengan perlahan-lahan. "Sejujurnya, saya tidak pernah terlintas untuk bergelar pelakon, tetapi kini semakin seronok biarpun masih cuba menyesuaikan diri dalam industri seni.
"Saya mengambil inisiatif menyertai kelas lakonan di bawah bimbingan Ellie Suriaty bagi mengelakkan kemampuan terus dipersoalkan," katanya kepada BH Online. Sehingga kini, Rose sudah menjayakan tiga drama termasuk Kisah Cinta Rumi mengakui, dia semakin selesa dalam bidang lakonan. "Saya bersyukur menerima beberapa projek drama. Namun, saya baru sahaja selesai penggambaran drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, jadi bolehlah mempertimbangkan tawaran lain. "Jujurnya, sedikit sebanyak meninggalkan kesan buat saya apabila drama Kekasih Hati Mr Bodyguard sudah melabuhkan tirai, baru-baru ini. "Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard adalah taruhan pertama saya. Sedih sangat apabila berpisah dengan rakan artis dan pasukan pada hari terakhir.
|
mesmerize replied at 11-11-2021 04:13 PM
di mata ai dia ni cantik. features muka eksotik. kulit gelap2 sikit tapi manis, bukan typical cikki2 ...
dudaberhias replied at 11-11-2021 01:56 PM
memang kayu pun.. takpe lah sebab sheolss masih boleh improve dan di asah... jadi sheols je iols maa ...
TerataiMelur02 replied at 11-11-2021 04:50 PM
Rose dengan mira basic mana kaka rasa lagi ok lakonannya?
ADVERTISEMENT