CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Asbab Ada Adegan Tak Bertudung Kalian Nak Dia Tanggalkan Tudung - PU Syed

5-11-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4146| Komen: 27

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menegur pihak produksi yang sanggup meminta penyanyi dan pelakon, Zizi Kirana untuk menanggalkan tudung dan memakai rambut palsu untuk menjayakan watak ketua mafia dalam sebuah drama.


Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, pendakwah ini memberitahu bahawa jangan disebabkan ada adegan tidak bertudung, pihak yang terlibat meminta pelakon tersebut menanggalkan tudung.


Kredit foto: IG Zizi

Tambahnya lagi, beliau turut menjelaskan bahawa hukum memakai rambut palsu adalah haram lebih-lebih lagi dalam lakonan.

PU Syed memberitahu bahawa rezeki berada di mana-mana sahaja dan berharap agar Zizi Kirana terus istiqamah dalam berhijrah.


Pendakwah bebas ini memberikan pesanan pada pengarah drama dan filem yang beragama Muslim untuk menjadi manusia yang mengenali halal dan haram.


Kredit foto: IG PU Syed

Sebelum ini, nama Zizi Kirana terpalit dengan isu melanggar kontrak sebuah produksi yang menetapkan watak buatnya menerusi drama berjudul Jamu Nesan merupakan seorang wanita tidak bertudung dan memintanya untuk mengenakan rambut palsu.

Walaubagaimanapun, Mufti Kuala Lumpur telah memberitahu ianya haram untuk memakai rambut palsu walaupun atas urusan kerja. Maka beliau terpaksa akur dengan situasi untuk melepaskan kerja itu.




Kredit foto: IG PU Syed


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 5-11-2021 01:56 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 09:32 PM

............
Quote lattehazelnut 5-11-2021 02:01 PM
Mmg aurat wanita je ke masalah orang islam dalam malaysia ni?
Quote cheezel 5-11-2021 02:04 PM
dia ni xnk ulas pasal langgar kontrak ke? melayu me layu
Quote beta_carotene 5-11-2021 02:04 PM
ni dia ostad tukang monitor dosa pahala retis..
Quote tobobon 5-11-2021 02:08 PM
Zizi tersenyum sinis..di backup Piyuuu..so org ramai boleh lupalah sheols langgar contract tak habiskan shooting..kat cari tidakk yaaa
Quote 3chanceno 5-11-2021 02:10 PM
Ostad bila nak komen pasal.isu langgar kontrak dari segi agama? Isu zizi nie bukan pasal berhijab je
Quote dudaberhias 5-11-2021 02:29 PM
sian PU pun main percaya je apa artikel kata tanpa baca habis cerita2 sambungan yang lain.... nampak dah belang PU syed ni iq dia tahap mana...


kan pengarah tu kata jangan putar belitkan cerita... si zizi ni yang tak nak datang ke set pengambaran untuk buat bincang... duit semua dah ambikk...

padahal heshe tengah syok berlaki duk melambung2 sampai ke syiling dalam bilik tu sampai ke atap rumah jiran..

pu ni pun asyik2 aurat pompuan je di tegur... laki berseluar pendek haram nak tegurnya lagi2 kalau depan2 di khalayak umum... kekonon nak kata martabat wanita tinggi jadi harus di utamakan aurat pompuan dulu... ehh sejak bila agama suruh tegur menegur perbuatan ni ikut martabat atau kasta mana dulu? ada kerr???
Quote dudaberhias 5-11-2021 02:31 PM
Cik_jantung replied at 5-11-2021 01:56 PM
Rasanya org cakap pasal kontrak dia.. bukan suruh dia buka tudung. Klu ikut kata rafiena mula2 zizi  ...

bukan tu je kaka... isu tudung sebenarnya ikut fahaman iols dari artikel sebelum2 ni takde masalah...tapi si ziziqqq tu yang takmo datang set pengambaran... kiranya dia yang takmo teruskan shooting... bukan sebab tudung pun...


syokkk la tu duk melambung dalam bilik sampai kena kipas...
Quote BarbiePink 5-11-2021 02:47 PM
bosanya asyik aurat2 tudung freehair jer
setat & setajah malaya neh sembang
abis tuh npa jantan poji syuk khir stim
terbayang aksi rogol
selamba jer canang aksi deleted scen
memalukan kaum hawa yg dh berhijrah

asal setat shit propa neh tak tegur?



Quote eely_shana 5-11-2021 02:56 PM
semoga terus istiqamah zz n bahagia selamanya dgn yusuf
Quote nakkomenjugak 5-11-2021 03:32 PM
Pu dah jadik jurucakap retis
Next
Quote epal21 5-11-2021 11:03 PM
Asbab ke sana, asbab ke sini. Habis tu asbab zizi ni langgar kontrak, si rafiena & krew rugi masa & tenaga. Tak cukup asbab ke lagi tu?
Quote umbut 5-11-2021 11:17 PM
Balik2 bertudung aurat bagai.. Kalau bertudung tapi baju ketat cam sh rose or bertudung tapi dok serumah ngan jantan cam influencer or merompak bertudung. Hati busuk hitam leh tutup dgn jubah.... Eh eh dgn tudung...
Quote Orix 5-11-2021 11:18 PM
Bising la PU setan menyetankan org ni
Quote kotakominami 6-11-2021 12:07 AM
Aiyo nak masuk tahun 2022 cite pasal aurat lg ker...PU ooi. Baik ko nasihat kan dulu kawan2 ko yang kaki betina tuh. Stop aniaya anak bini diorang.
Quote che-cikL 6-11-2021 12:24 AM
PU ni menyampuk out of context, yg penting menyampuk dulu tak faham hujung pangkal.
Quote lyshafull 6-11-2021 12:37 AM
Biasa la meleis ni yg pntg bertudung
Quote kucim 6-11-2021 01:11 AM
Ustaz2 pun banyak ajaran yg tak tepat maaf ckp...ajar bab hukum hakam saja bukan cara berakhlak sesama manusia
Quote Bumbu 6-11-2021 07:16 AM
Pandai2 kau la zizi. Baru up skit dah buat taik. Kelaut dlm la kau lpas ni.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.057725 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top