CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sweet Qismina Tak Kisah Dilbael 'Anak Emak'

5-11-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2338| Komen: 7

Description: Sweet Qismina, 24, mengaku tidak kisah andai ada yang melabel dirinya sebagai ‘anak emak’ lantaran dilihat terlalu rapat dengan ibunya, Misnah Atan walaupun tidak lama lagi bakal bersuami.
Sweet Qismina, 24, mengaku tidak kisah andai ada yang melabel dirinya sebagai ‘anak emak’ lantaran dilihat terlalu rapat dengan ibunya, Misnah Atan walaupun tidak lama lagi bakal bersuami.


Menurut Sweet, gelaran itu seringkali diterimanya sejak menceburi bidang seni ketika dikenali sebagai antara pelakon cilik di Malaysia.


Foto: IG

“Setiap kali orang cakap saya ini anak emak, saya akui hal itu. Memang pun saya anak emak. Itu antara rezeki besar yang tak semua dapat dan saya sangat bersyukur.

“Dialah baba (ayah), mama, kawan baik, kawan gaduh, penghibur, penasihat dan segala-galanya buat saya,”katanya.


Sweet berkata demikian dalam satu perkongsian di Instagram menerusi sekeping gambar bersama ibunya yang dimuat naik sempena ulang tahun kelahiran wanita tersebut.



Selain itu, Sweet juga memberitahu, ibunya itu juga mempunyai karakter yang sangat disenangi oleh semua orang tanpa mengira sesiapa.

“Dia sangat-sangat keibuan dengan sesiapa pun. Mana tak semua orang dalam industri ini kenal dia? Semua dah jadi anak angkat dia.

“Terima kasih Ya Allah.Rezeki tidak ternilai dalam hidup saya dan diharapkan agar Kau panjangkanlah umur mamaku ini.

“Selamat ulang tahun mam. Terima kasih menyokong dan jaga saya dengan baik. Saya sayangkan Makcik Ana,”katanya.



Menerusi perkongsian itu, turut dilihat ramai pengikut, peminat serta kenalan Sweet melayangkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ibunya di ruangan komen.

Untuk rekod, Sweet baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, pelakon Adam Lee, pada 24 Oktober lalu.



Pasangan itu menjalinkan cinta sejak tahun 2018 selepas Sweet mempelawa Adam atau nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 27, menemaninya ke sebuah anugerah berprestij selain mula digosipkan dalam drama Adam Chempaka. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 5-11-2021 02:07 PM
sweet meme sweet...tp x tggi je...
Quote eely_shana 5-11-2021 03:15 PM
bila nk kawennya?
Quote Nenasketum 5-11-2021 03:45 PM
Dia ni aura yillek, lawa pun idok
Quote m2506 5-11-2021 03:50 PM
xbrapa minat dgn dia nih.. nama sweet2 angat
Quote Perawankota 5-11-2021 06:10 PM
Baguslh anak emak, syurga bawah telapak kaki ibu.. Tapi nanti dh kawen, p honeymoon jgn bawak org tua sama2 pulak.. Hati pasangan nk kena jaga jugak..
Quote LostStar 6-11-2021 04:46 PM
Lerrr muda lagi.. igtkan 27-28 dah..
Quote LadyCarefree 6-11-2021 07:54 PM
Nenasketum replied at 5-11-2021 02:45 PM
Dia ni aura yillek, lawa pun idok

Bolehlah ada juga rupa.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.452120 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top