Pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa terharu apabila diberi kesempatan membersihkan tempat kedua paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram iaitu Masjid Nabawi.
Berkongsi di Instagram, pemilik nama Haryati Hamzah, 40, itu memuat naik video dirinya membersihkan karpet di dalam masjid berkenaan menggunakan alat pembersih hampagas (vakum). "Memang dah lama teringin nak membantu pekerja kebersihan di dalam Masjid Nabawi sebab Bonda ni memang suka sangat membersihkan rumah. "Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi walaupun hanya sebentar," luahnya.
Ibu enam cahaya mata itu juga meluahkan impian mahu melihat anak-anaknya membesar di Madinah. "Aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi'. "Jika pada perkiraanMU, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati Ya Allah," ujarnya yang berharap doanya dimakbulkan. |
missHaidiD replied at 1-11-2021 06:28 PM
Yat ni acah terpaling. Myampah la
Semoga ko mati kt sana. Ko yg nak kan. Aku doakan utk ko
ADVERTISEMENT