CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Hidup Susah, Ibu Sanggup Jual Bayi Kandung RM2,040 Atas Pujukan Keluarga

30-10-2021 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1977| Komen: 5

Seorang ibu di Palembang, Sumatera Selatan sanggup menjual anak kandungnya yang masih berusia sebulan dengan bayaran sebanyak 7 juta rupiah (RM2,040).

CNN Indonesia melaporkan, semuanya dilakukan kerana terhimpit dengan masalah ekonomi.

Tindakan Anita, 25, dari Ilir Barat II itu diketahui suaminya yang kemudian melaporkannya kepada polis.


Gambar hiasan

Kejadian bermula apabila Bobi, 26, bertanyakan mengenai anak mereka dan Anita mengaku telah menjualnya kepada seseorang.

Berang dengan apa yang dilakukan si isteri, Bobi kemudiannya bertindak membuat laporan polis.


Polis terus membuat siasatan mengenai bayi perempuan itu dan menemukan pasangan suami isteri, Maliki dan Mardiana dari Buai Madang Ranau yang telah membeli bayi tersebut, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sumatera Selatan, Toni Harmanto berkata, berdasarkan pemeriksaan, Anita mengaku menjual anaknya sendiri atas pujukan ahli keluarga.

Menurutnya, Anita pada awalnya disuruh datang ke rumah ahli keluarganya dan di sana ada Gatot, 37; Putri Anggraini, 27; Rohima, 47; dan Ujuk Sali, 30.

Jelasnya, Ujuk Sali meyakinkan Anita bahawa sudah ada pihak yang mahu mengurus anaknya dan telah diserahkan wang sebanyak 7 juta rupiah.

Daripada jumlah itu, Gatot mengambil 2 juta rupiah manakala Ujuk Sali (300,000 rupiah) dan Rohimah meminta 700,000 rupiah sehingga bakinya, 4 juta rupiah diserahkan kepada Anita.

“Bayi ditemukan dalam keadaan baik,” katanya.

Toni berkata, Anita, Putri Anggraini, Rohima dan Gatot ditetapkan sebagai suspek manakala Maliki dan Mardiana pula berstatus saksi.

Ujuk Sali pula masih diburu polis.

Mereka berdepan hukuman penjara 15 tahun mengikut Perkara 83, Undang-Undang 23, Tahun 2002, Perlindungan Anak.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 30-10-2021 04:40 PM
byk nama watak dlm berita ni..kejap bobi kejap anggraini kejap gatot..
well i perati cari mal ni suka sgt cite dr seberang..satu dua blh le..kalau sehari lebih dr 5 mmg annoying jgk lah
Quote CikYaYaYa 30-10-2021 07:03 PM
Sejak2 porum cari brubah bwajahh nie kemainn banyak lagik erkk beritaa dari yindonn.. Mcm biasaa menjemput achik frishka utk bgi sepatah 2 kataa
Quote spankee_fili 30-10-2021 07:23 PM
CikYaYaYa: Sejak2 porum cari brubah bwaja ...


Acik Friska tagline “amah yindon tak mintak cerai”, sanggup hidup susah jual anak asal berlaki
Tu yg datang malaysia pun mengaku janda, balik yindon berlaki datang malaysia tambah laki
Quote CiliPadiSedap 30-10-2021 07:55 PM
CikYaYaYa: Sejak2 porum cari brubah bwajahh nie kemainn banyak lagik erkk beritaa dari yindonn.. Mcm biasaa menjemput achik frishka utk bgi sepatah 2 kataa


sebab tu kaka dh jarang komen kt cariforum sebab yindon dah jadi warga forum . design website pun serupa yindon. dulu dah ok cantik simple tapi masalah selalu server problem. takde masalah duk tambah masalah lagi.

Quote nakkomenjugak 31-10-2021 09:56 AM
Cari mal dari leluhur ke?
Disebabkan ko ada darah leluhur 1,2 gen tak semestinya ko kena sodok porumerz dengan berita2 tanah leluhur
Benda2 gini biar ummah yendon sana je maki

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.077482 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top