Akibat kedegilan memuat naik gambar dan video lucah di akaun Twitter miliknya, seorang wanita dari wilayah Chaiyaphum, Thailand diberkas polis untuk kali kedua atas kesalahan sama, lapor portal berita Thaiger, semalam.
Wanita berusia 23 tahun dikenali sebagai Nan itu ditahan di daerah Thep Sathit selepas Mahkamah Wilayah Chaiyaphum mengeluarkan waran tangkap supaya rumahnya digeledah. Berikutan itu, polis merampas telefon bimbit miliknya dan tiga alat permainan seks. Dia dituduh mengendalikan beberapa akaun Twitter yang menyiarkan gambar dan video lucah serta turut menjual alat permainan seks dan pakaian dalam. Menurut polis, pengguna boleh mengikuti akaun Twitter Nan dan perlu membayar untuk menonton video bogel dan seks wanita itu. Nan mengaku melakukan jenayah tersebut dan berkata bahawa dia merakam gambar dan video dirinya serta memuat naik kandungan lucah tersebut. Dia sebelum ini pernah ditahan polis atas tuduhan sama pada 22 Mei tahun lepas. Dia berdepan dakwaan menghasilkan, memiliki dan mengedarkan gambar serta video lucah, dan meletakkan bahan lucah ke dalam sistem komputer yang boleh diakses orang ramai. Sumber: Kosmo
|
hareeeesah replied at 30-10-2021 03:55 PM
Sepahnya rumah.. cmno tunjuk video & gambar rumah sepah gitu
ADVERTISEMENT