CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Digelar Nabila Razali 2.0, Iman Troye Rasa Belum Layak Ke Pentas AJL

29-10-2021 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3425| Komen: 21

Biarpun kebanyakan lagu nyanyiannya menjadi siulan ramai peminat, penyanyi sensasi, Iman Troye merasakan dirinya tidak layak untuk beraksi di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Kata pemilik nama sebenar, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin itu,  dia mengibaratkan dirinya masih bertatih dalam bidang seni muzik tanah air dan banyak kelemahan dari segi nyanyian terutamanya perlu diperbaiki.


Kredit foto: IG Iman

“Allahuakbar! Yang itu (melangkah ke AJL) masih tak terfikir lagi. Sebenarnya, secara jujur, saya rasa masih belum layak sebab orang cakap pentas AJL itu adalah untuk orang yang betul-betul layak.

“Contoh macam Ernie Zakri dan Aina Abdul dan untuk saya yang masih merangkak ini, saya rasa tidak kot.

“Kalau dapat ke pentas AJL, Alhamdulillah rezeki dan saya akan cuba yang terbaik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, ditebak pertanyaan berhubung ramai dalam kalangan peminat menyifatkan dirinya sebagai Nabila Razali 2.0 disebabkan populariti mendadak diterimanya, Iman memandang perkara tersebut dari sudut positif dan tidak menafikan sangat meminati keperibadian penyanyi popular itu.


Kredit foto: IG Iman

“Bagi saya Kak Bella (Nabila) orang yang sangat baik hati. Dia banyak bagi nasihat dan ajar saya macam-macam. Banyak lagi yang dia (Kak Bella) booleh tunjukkan cuma belum masa lagi.

“Kalau orang cakap saya macam Nabila Razali dan sebagainya, saya ambil dari sudut yang positif sebab dia sangat-sangat baik dan sangat berjaya dalam industri,” ujar Iman yang merupakan pelajar Diploma Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Baru setahun jagung dalam dunia muzik tanah air, Iman Troye yang bernaung di bawah label XO House telah mencatat 4x Platinum bersamaan RM1 juta ringgit dalam jumlah ‘Talent Management Revenue’.

Single perdananya, Teman mencatatkan jumlah tontonan YouTube antara tertinggi dalam tempoh setahun ini bagi penyanyi tempatan iaitu 45 juta. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-10-2021 02:22 PM
Kau tak layak jadi penyanyi, kau tak layak jadi penghibur, kau tak layak jadi artis, kau tak layak ada dalam industry seni hiburan, kau serba serbi tak layak dalam semua benda!
Quote AKAZ85 29-10-2021 05:45 PM
Lidah pendek pon leh diangkat jadi penyanyi.. Sampah betul laa kualiti artis baru malaysia sekarang
Quote twins 29-10-2021 05:58 PM
budak ni pada aku memang 100% bergantung pada rezki ... Allah dah tentukan rezki dia lagu first single dia tu muzik ala2 tiktok & masa tu tiktok memang tengah meletop.... suara memang kelaut budak ni.. kalau bukan sbb org gila tiktok memang tak ke mana pun muzik lagu macam tu... memang dasyat penangan tiktok time pkp.. boleh 45 juta views dlm setahun... buat lagu raya pun muzik lebih kurang.. shoppee pun terikut musik tiktok tahun lepas..guna lagu dia jugak... tuu yg jd kebaboom budak ni....  dia ni tengah kayaraya ni kalau tak menyimpan aku tak tau nak kata la... kalau sibuk beli kereta mewah belanja mewah.. bila zaman tiktok dah suam2 kuku... memang ke laut la jawab nya...
Quote shernazz 29-10-2021 06:44 PM
Dia ke yang nyanyi lagu aku bebas lala.lala.bebas
Entah la..
Iols.pertama.kali dengar kat era tu sebab saja nak tukar angin..
Hahahahaha...
Quote Cik_jantung 29-10-2021 07:08 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:51 PM

..........
Quote Tokeybundle 29-10-2021 08:38 PM
Byk plk benang psl minah ni
Gedik je tgk
Quote rayna_raynes 29-10-2021 09:58 PM
lagu dia sedap2. dan dia ada imej bubblegum pop yg ramai org suka, sama macam ayda jebat dan nabila razali. imej yg sama dipakai tokti lebih dari dua dasawarsa lalu
Quote kotakominami 29-10-2021 10:01 PM
Ala...dia jadi artis pon buat platform jual produk je....kirenye nabila 2.0 + vida 2.0.
Quote Fly_over 29-10-2021 10:15 PM
kotakominami replied at 29-10-2021 10:01 PM
Ala...dia jadi artis pon buat platform jual produk je....kirenye nabila 2.0 + vida 2.0.

gmbr 1st tu sebijik tokbida. cikb pn x seiras gitu dgn maknya
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 10:42 PM
Bbnu iol tak ambik port
Hahaha
Tapi moga menyimpan duit yach
Quote AcikBuncit 30-10-2021 12:12 AM
Suara biasa2 je dia ni. Lagu dia terlalu tiktok sangat.. Mana la layak lagu2 camtu nk masuk ajl diknon.. Buatla lagu yg melodi selayaknya masuk ajl. Smp bila nk genre tiktok je
Quote hanihan16 30-10-2021 12:19 AM
ya tuuhan, sebijik nau dgn tok bida wajahnya. semoga diliimpahkan rezeki luas mcm tok bidah jugak la ye dik..
Quote TerataiMelur02 30-10-2021 12:23 AM
Kenapa la penyanyi sekarang hauk eh.
Quote Carcosa 30-10-2021 12:29 AM
Muka below par. Suara mcm taik. Nama mcm org terencat. Kat mana aku nak tgk kau pun aku taktau lah
Takde commercial value betul, from tudung to toe.
Berambus boleh tak?
Quote 3480 30-10-2021 12:31 AM
Gambar mula2 mcm tok bida
Quote Mawar91 30-10-2021 01:01 AM
Sheols x tercalon dalam top 20 kat abp ke haritu?Ingt bole bolos ke top 5 klu tercalon top 20 haritu.Klu menang artis baru wanita popular x heran la.Jgn yg pelik2 cam thun lepas sudah la.
Quote bankerpencen 30-10-2021 08:13 AM
Muka cam hasmiza betol si toye ni. Ampun la dik, suara kau tak sedap langsung. Lawa pun tidak. Low class betul taste bbnu
Quote Mulotkoyak 30-10-2021 12:01 PM
[quote]Kurex: Kau tak layak jadi penyanyi, k ...[/quote
Yeayyyy iols setuju dgn mulut hangsuang uols
Quote gideoncross 31-10-2021 04:52 AM
TerataiMelur02 replied at 30-10-2021 12:23 AM
Kenapa la penyanyi sekarang hauk eh.

Sbb zmn skrg ni cuma pndng muka & pnampilan je, sbb tu iol lgi suka zmn dlu punya entertainment.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.074227 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top