Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menegur kaum hawa yang menjual ubat kuat kepada lelaki.
Ia susulan diajukan persoalan oleh seorang pengikutnya yang meminta pandangan mengenai hukum kaum Hawa menjual ubat kuat kepada lelaki menggunakan teknik jualan yang agak menarik perhatian mereka. Jelasnya, urusan jual beli yang dijalankan adalah sah dari segi hukum, namun boleh menjadi haram apabila ia melibatkan pendedahan aurat, menipu, dan menggoda pembeli tanpa rasa bersalah.
Selain itu, PU Syed juga juga meluahkan rasa kesal kerana terlalu ramai peniaga yang telah hilang rasa malu dan tidak menjaga maruah diri demi perniagaan mereka. Tambah menyedihkan apabila ada pihak yang menegur, mereka yang terlibat mudah melenting. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT