Satu kajian mendapati juruterbang pesawat tempur lebih berisiko menghidap penyakit kanser testis dan prostat.
Lapor Daily Mail, Markas Tentera Udara menerbitkan satu kajian secara besar-besaran membabitkan hampir 450,000 peserta pada Mei lalu. Kajian itu menunjukkan 29 peratus juruterbang pesawat tempur dan pegawai sistem senjata berisiko menghidap kanser testis. “Sebanyak 24 peratus berkemungkinan didiagnosis melanoma, manakala 23 peratus berisiko mempunyai kanser prostat,” jelas laporan itu.
Walaupun penemuan itu tidak mengejutkan kerana ramai pakar tentera udara dan orang dalaman menyedari peningkatan kes tersebut dalam kalangan juruterbang pesawat tempur, namun ia masih mencetuskan kebimbangan. Setakat ini, tidak dapat ditentukan punca juruterbang berisiko tinggi menghidap kanser tersebut. “Juruterbang pesawat tempur digalakkan untuk membincangkan mengenai laporan ini dengan pakar bedah penerbangan atau penjaga kesihatan mereka. “Ini termasuk topik seperti perlindungan sinaran ultraungu, kesan terhadap vitamin D, gaya hidup mencegah kanser serta pemeriksaan kulit melanoma dan kanser prostat,” kata perunding perubatan bagi tentera udara, Mejar Brian Huggins. Pasukan penyelidik tentera udara mengumpul data daripada 34,679 juruterbang jet tempur dan pegawai sistem senjata serta 411,998 juruterbang yang tidak menerbangkan pesawat sepanjang tempoh 30 tahun dari 1970 hingga 2004. Sumber: Utusan
|
shernazz replied at 29-10-2021 07:41 AM
Orang yang pakai baju uniform.ni automatik jadi hensem hahaa
Tp bila pakai spek.laaaa
hashashes replied at 29-10-2021 10:44 AM
Khuenzz... dulu masa aku muda2 naif lagi aku suka tengok abang2 askar navy ke tudm ke pakai unifor ...
hashashes replied at 29-10-2021 10:44 AM
Khuenzz... dulu masa aku muda2 naif lagi aku suka tengok abang2 askar navy ke tudm ke pakai unifor ...
ADVERTISEMENT