CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eina Azman Ralat - "Abang Mamat Dah Siapkan Skrip Untuk Saya"

26-10-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4153| Komen: 25

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, 26, terkedu apabila dimaklumkan mengenai pemergian penerbit dan pengarah terkenal, Mamat Khalid yang meninggal dunia, kelmarin.


Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkata, timbul rasa ralat apabila dia seharusnya memulakan penggambaran di bawah arahan Allahyarham yang berjudul Kampung Pisang Berbuah Dua Kali.


Kredit foto: IG Eina

"Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh kakak saya mengenai pemergian Abang Mamat. Terkedu ketika menerima panggilan pada tengah malam, berkali-kali saya meminta kakak saya membuat kepastian. 

"Ralat menyelubungi diri kerana saya seharusnya memulakan penggambaran pada 3 November ini. Biarpun jadual sedikit padat, namun saya meminta untuk mengisi slot buat Abang Mamat.

"Kali terakhir saya berlakon di bawah arahan Allahyarham menerusi filem Zombie Kilang Biskut yang ditayangkan pada 2014. Beberapa kali pihak produksi menekankan Abang Mamat ingin saya berlakon dalam karyanya ini. Baru Khamis lalu pihak produksi menghubungi kakak saya bertanyakan mengenai jadual. 

"Malah, saya juga dimaklumkan Abang Mamat sudah menyiapkan skrip membabitkan 15 babak untuk super telefilem itu," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: IG Eina

Mamat Khalid dilaporkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak sebelum dikejarkan ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.

Terdahulu Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Antara karyanya yang paling popular ialah Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Rock Oo, Rock Bro, 16 Puasa, 17 Puasa, 18 Puasa Di Kampung Pisang dan banyak lagi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 26-10-2021 02:39 PM
Patut le selalu pakai baju tutup leher sbb ada something kat leher kan?
Quote bulalof 26-10-2021 03:01 PM
nak claim kenal juga....
Quote TerataiMelur02 26-10-2021 03:10 PM
Menyakitkan la tengok eina ni. Tak rasa lawa pun
Quote asamfish 26-10-2021 03:18 PM
Nkau nak ape sebenarnya?  Nak kata ralat or terlepas peluang nak berlakon or nko bersedih atas kemangkatan abgMamat?  Nakkkk juga numpang kan...
Quote bottombikini 26-10-2021 03:47 PM
nakkkk jugekkkk meralat ralattt....

rentikan lah
Quote syidasaleh 26-10-2021 05:35 PM
KamikuP replied at 26-10-2021 02:39 PM
Patut le selalu pakai baju tutup leher sbb ada something kat leher kan?

Ada apa dileher yinna?
Quote syidasaleh 26-10-2021 05:35 PM
KamikuP replied at 26-10-2021 02:39 PM
Patut le selalu pakai baju tutup leher sbb ada something kat leher kan?

Ada apakah dileher yinna azman itu? Leher bergelang ke?
Quote Zaien 26-10-2021 06:19 PM
leher dia tu kan pnah msuk spital sblom nih..
eh ralat2 la.. org dh meninggal pun.. nak jugak limelitee
Quote Nenasketum 26-10-2021 06:19 PM
Pathetic sungguh la dia nih. Kekonon socialite
Quote doubleharmonic 26-10-2021 06:51 PM
ko punya ralat tu bukan sebab concern kat arwah pon tapi ralat sebab bakalan hilang job? dok highlight pasal jadual padat lah isi slot lah memulakan penggambaran lah apoo?
Quote bedahmenjuyah 26-10-2021 07:56 PM
La baru 26 ke. Kenapa rasa mcm dah lama berlakon selain muka dia mmg tua dr usia tu
Quote daiman 27-10-2021 12:12 AM
Entah kenapa aku tak boleh dengar suara dia ni
Quote jejaka_hensem 27-10-2021 12:37 AM
Dia jadi pontianak kebaya merah bawak payung malam2 dlm film zombie kilang biskut tu.
Quote Cikembok 27-10-2021 01:38 AM
Dalam the hotel, kononnya dia berlakon jadi Julia yg suka anak2 ikan juga macam Maya.. Tapi, hakikatnya IRL umur baru 26.. Kesian selalu kena bawak watak lebih matang dari usia
Quote Cik_jantung 27-10-2021 01:57 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:15 PM

..........
Quote KamikuP 27-10-2021 08:52 AM
syidasaleh replied at 26-10-2021 09:35 AM
Ada apakah dileher yinna azman itu? Leher bergelang ke?

Leher yinna kene tebuk dulu cuollss ada sakit apa ntah.. tu psl sheolls dpt vaksin dulu di Ipoh dulu
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 01:23 PM
Ohhhh still berlakon lagi ke
Quote chazey 27-10-2021 05:48 PM
Akak selalu lupa minah ni baru 26 tahun. Pembawaaan diri, muka, macam dah 36 tahun.
Quote chazey 27-10-2021 05:49 PM
Tapi betul ke ko 26? Bukan dah 30an ke?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.063107 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top