CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Daler Yusuf Nak Kahwin, -"Dah Lama Kenal, Dia Cuma Orang Biasa”

26-10-2021 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2300| Komen: 19

Description: Pelakon kacak, Daler Yusuf, 28 mendedahkan sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama suri hati pilihannya tidak lama lagi.
Pelakon kacak, Daler Yusuf, 28 mendedahkan sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama suri hati pilihannya tidak lama lagi.

Kongsi pelakon kelahiran Uzbezkistan ini, dia perlu merahsiakan identiti bakal isterinya buat ketika ini dan sedang mencari waktu yang sesuai untuk mengumumkan tentang perkahwinannya secara terperinci.

Foto: IG 

“Ya, saya merancang untuk berkahwin. Dalam masa terdekat.

“Saya akan kongsikan perinciannya pada waktu yang sesuai nanti. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya kepada Utusan.



Daler dalam pada itu enggan mendedahkan siapa wanita bertuah tersebut.

Namun, dia mengakui sudah lama mengenali hati budi wanita itu.



“Tidak, dia bukan orang industri.

“Kami sudah lama kenal. Dia cuma orang biasa,” Katanya lagi.



Beberapa tahun lalu, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini pernah didakwa sudah bergelar suami orang.

Bagaimanapun Daler tampil menepis dakwaan tersebut dan menegaskan dia masih bujang dan bukan suami orang. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cleocatra 26-10-2021 11:17 AM
Tahniah...
Muka dak ni, muka budak good2 je gayanya
Muka orang dengar kata
Quote innocent_me 26-10-2021 11:21 AM
ok tazabar nk tgu gadis pilihan beliau. Selalunya yg hensem2 byk peminat2 gini pilih yg biase2 je jd teman hidup.
Quote anony-mous 26-10-2021 11:51 AM
I saspek mesti instapemes or tiktokers or utuber. Bukan org biasa pon. Xpercaya aku dia ni nk org biasa. Dlu rasa heols sesuai sgt dgn nelydia
Quote trexxxxxi 26-10-2021 11:51 AM
Tahniah beribu tania
Quote missyL 26-10-2021 12:30 PM
Congratulations.
Yg ensem2 cmnie xde plak gosip liar bodoh2 curang ke ape..

Yg xsemenggah je la besenye playboy  
Quote mamajawie 26-10-2021 02:06 PM
aku syak classmate dia time dia study kat uia dulu..
Quote mamajawie 26-10-2021 02:07 PM
dia ni lama2 tgok cam muka toklip sotong pun ye gak..
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 02:09 PM
Okay laaa sebenarnya iol laa yang heol maksudkan
Orang porum je yang tahu tau, bukan spedo yachhh
Bagus bakal laki iol ni pandai simpan rahsia

#dengkike?
Quote adeqbun 26-10-2021 02:15 PM
kek die buat tu die baking sndri ke..nmpk lazat gile kot
Quote KamikuP 26-10-2021 04:06 PM
Sori takut silap org - dia ni ke yg kantoi tak bayo bil TM unifi sehingga pompuan tu viralkan dulu?
Quote Kurex 26-10-2021 04:19 PM
Kawen je la.. siapa heran
Quote cahaya_almas 26-10-2021 08:28 PM
Dia sgt kacak...
Quote CikYaYaYa 26-10-2021 08:33 PM
xtau laa napa aq kalau tengok dia nie mesti teringat keith foo.  nak kata muka sama mcm tak pon
Quote -Suri- 27-10-2021 12:30 AM
Habis tu awak org luar biasa ke? [em:24:]
Quote silampumeja 27-10-2021 12:38 AM
Dia ni jual kek kan... Ada yg dh try? Sedap ke
Quote Cik_jantung 27-10-2021 01:54 AM
nakkomenjugak replied at 26-10-2021 02:09 PM
Okay laaa sebenarnya iol laa yang heol maksudkan
Orang porum je yang tahu tau, bukan spedo yachhh
Ba ...

Apa tema pelamin korang nnti.. Jabal rahmah jugak ke..
Quote Buritan 27-10-2021 04:35 AM
nakkomenjugak: Okay laaa sebenarnya iol laa y ...
nakkomenjugak: Okay laaa sebenarnya iol laa y ...




Ehhhhh idaklaà... dia ni laa yg nak kawin ngan aku.. dah bg duit hantaran dah.. hang kawin ngan indon kot
Quote kikikiko 27-10-2021 02:35 PM
Aku suka tgk dia jual bj dlm tiktok. Laku keras wey. Tp dia jenis tk melayan. Nmpk baik la
Quote fortiori13 27-10-2021 08:54 PM
Tahniah.....

Lihat semua komen(19)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2021 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.076176 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top