Seorang wanita yang mengetahui kecurangan suaminya memecahkan cermin trak milik lelaki itu, lapor laman berita Suara.com.
Menerusi satu klip video yang tular di Instagram, wanita tersebut dikatakan meluahkan rasa kecewa dan marah dengan cara merosakkan barang-barang milik suaminya. Turut kelihatan ialah seorang gadis lain yang cuba menenangkan wanita berkenaan, namun usahanya gagal. “Seorang isteri sanggup melalui beribu-ribu rintangan walau sesukar manapun, namun tidak dengan kecurangan,” kata keterangan pada video tersebut.
Video itu menerima tontonan lebih 89,930 kali dan dibanjiri dengan komen-komen daripada netizen yang menyuarakan pendapat masing-masing. “Apa juga dapat dimaafkan kecuali pengkhianatan,” kata seorang netizen. “Ajar dia cukup-cukup. Biar dia tahu apa perasaannya hati yang sedang panas,” komen seorang lagi. Sumber: Kosmo
|
nuryakmal replied at 15-10-2021 08:05 AM
Pening jap dengan interface baru ni
batmana replied at 14-10-2021 10:56 PM
Kesian trak tu tk bersalah
ADVERTISEMENT