Marah netizen terhadap pelakon Indonesia Baim Wong nampaknya masih belum reda apabila kali ini mereka memilih untuk unsubscribe atau tidak lagi mengikuti saluran YouTube suami kepada Paula Verhoeven itu.
Menurut laporan Tabloid, jumlah pengikut Baim di YouTube semakin berkurangan sejak tiga hari lalu selepas kontroversinya memarahi seorang warga emas bernama Suhud yang didakwa mahu mengemis. Tindakan pelakon berusia 40 tahun itu mengundang reaksi kurang senang netizen kerana sebelum ini Baim dikenali sebagai individu yang suka membantu orang lain, namun kali ini dia berubah sikap sebaliknya.
Hasil carian portal berkenaan mendapati saluran YouTube Baim Paula turun satu anak tangga menduduki posisi keenam saluran paling ramai pengikut di Indonesia iaitu sebanyak 19.4 juta subsriber. Tempat kelima diambil alih YouTube Frost Diamond memiliki 19.7 juta subscriber. Ini bererti saluran milik Baim kehilangan lebih 300,000 pengikut sehingga berjaya diatasi oleh pesaing terdekat. Sementara itu, video penjelasan dan penerangan Baim mengenai kejadian itu yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya itu menerima lebih 6 juta tontonan dan 140,000 komen netizen. Ia menjadi trending di Malaysia dan Indonesia sejak Rabu. Terdahulu, tular video dia memarahi seorang warga emas berusia 77 tahun yang meminta wang daripadanya. Baim pada awalnya tidak menghiraukan warga emas yang mengikutnya ketika sedang menaiki motosikal bersama anaknya, Kiano Tiger Wong. Namun kemudian, dia berasa tidak selesa dan menegur orang tua itu dengan cara yang tidak sopan dan angkuh apabila menasihatkan individu itu berhenti mengemis dan mula bekerja. Tidak lama selepas video berkenaan tular di media sosial, Baim akhirnya menjelaskan teguran yang dibuat itu tidak seperti yang dilihat netizen. Sumber: mStar
|
thanoslefthand replied at 10-11-2021 03:20 PM
19 juta subscribers?? giler ah..
apedehal replied at 13-11-2021 05:07 PM
Dah tu rakyat indon tu brp ramai..harusla 19juta polower dia
ADVERTISEMENT