CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Kenapa Jejaka Tak Romantik Layak Jadi Teman Hidup

17-6-2015 05:51 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5601| Komen: 6

Oleh Fyruz


Begitu ramai wanita yang inginkan jejaka berkaraktor romantik untuk mereka. Wanita merasakan jejaka yang terbuka menyatakan perasaan membuat mereka lebih bahagia. Wanita sering mendambakan kata-kata pujian, kata-kata sayang yang mungkin kamu tak akan dapat dari jejaka tak romantik. 


Padahal sebenarnya kekasih yang tak romantik tak seharusnya kamu kritik dan hujani dengan kutukan pedas. Ini antara sebab kamu harus bersyukur kerana telah memilih mereka yang tak romantik sebagai teman hidup:

1. Mereka memang bukan seorang yang senang untuk  meluahkan cinta, tapi tak beerti tak mencintai

Lelaki tak romantik ini memang sejenis 'beku'. mereka tak seperti kebanyakkan lelaki yang mudah melontarkan kata cinta . mereka lebih memilih memendam rasa. Namun rasa beku bukanlah sepenuhnya mereka tak peduli. Mereka sebenarnya cinta, tapi mereka tak pasti cara sebenar untuk menunjukkannya. apabila kamu mencinta mereka apa adanya bukankah kamu dah tau semua itu?

2. Lelaki tak romantik ada banyak cara tak terduga untuk membuatkan kamu rasa istimewa

sumber: www.moviepies.com


Dia memang bukan lelaki yang akan beri kamu bunga setiap hari, namun mereka ada banyak cara untuk tunjukkan bahawa kamu sangat beerti buatnya. Tentunya mereka ada cara membuat kamu rasa istimewa mengikut cara dia. Apa caranya? Hanya dia sahaja yang mengerti... tanpa sedar kamu senyum sendiri.

3. Sesungguhnya, lelaki tak romantik seorang yang dewasa. Mereka merasakan tak perlu menunjuk mesra di publik

sumber:beautifulnara.com

Siapa mahukan lelaki yang tak matang, silap hari bulan orang ingat si dia adik pula. Sememangnya orang yang tak romantik ini lebih dewasa. Mereka faham mengenai batasan dan norma yang ada. Dia tahu bila perlu dia romantik tanpa perlu tunjuk kepada orang lain.

4. Walaupun bercinta, kamu diberi ruang peribadi, tak mudah cemburu

sumber: kosmo.com.my

Mereka yang tak romantik ini lebih terbuka dan memahami pentingkan ruang peribadi. Sifat cemburu itu tak perlu jika sememangnya dia percaya pada pasangan. Walaupun kamu kekasihnya, dia tak terlintas untuk memeriksa inbox hp, dan bertanya pelbagai soalan yang mengundang. Bersyukurlah, kerana banyak lelaki yang romantik tetapi menduakan anda.

5. Sikap si dia yang sukar menyatakan sayang itu tanpa kamu sedari buat kamu lebih menyayanginya

sumber: miemudah.wordpress.com


Sedar atau tidak, sifat 'beku' dalam dirinya itu merupakan daya penarik. Kamu dambakan si dia lebih kerana keinginan kamu yang besar untuk melihatnya meluahkan rasa cinta kepada kamu.

6. Saat si dia meluahkan kata-kata cinta, ia merupakan momen paling indah/paling tak terkata dan tak mudah hilang dari ingatan anda

sumber: beautifulnara.com


Mungkin momen tu tak dapat dibandingkan dengan mereka yang romantik, namun apabila mereka mengungkapkan kata cinta itu kamu bagai diawangan. kamu akan selalu terkenang dengan sikap manis yang dia pernah lakukan, buat kamu senyum sendiri.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ainahusnadilah 21-6-2015 10:34 PM
kalau romantik tu,, ada chance untuk bermadu. hehe
Quote peningsokmo 20-6-2015 02:11 AM
nawok blake...dop romantik nok romen wane... baru2 bleh tahan lah. dang lame gop naik bosan boh
Quote haiku08 19-6-2015 03:36 PM
Sokong gak la..
Quote Thuglife 19-6-2015 01:59 PM
betul! sku sokong..ms aku couple ngn somi 6thn..sekali jer dia bg bunga kat aku. tp bila dh kawen 5thn..bahagia sangat!
Quote starbee 19-6-2015 11:53 AM
same huhu...
Quote clarizsa 18-6-2015 01:38 AM
Eh.. betulla.. terutama yg last skali bab bila dia ucap kata cinta tu.. sbb bkn senang nk dgr.. cair abis bila dgr.. haha.. hubby i mmg x romantik ..

Lihat semua komen(6)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.027234 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top