Bahan-Bahan: Lapisan Bawah – 500 ml air 180 gm gula pasir 300 ml santan pekat 10 gm serbuk agar-agar 500 gm cendol (tapis & toskan airnya) sedikit garam Lapisan Atas – 500 ml air 200 gm gula merah/gula melaka 300 ml santan pekat 10 gm serbuk agar-agar 1 biji kuning telur sedikit garam Cara Membuat: Lapisan Bawah – 1. Masakkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih. 2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit. Masukkan cendol. Kacau sedikit. 3. Angkat dan tuang ke dalam acuan/loyang yang dibasahkan dengan air. Lapisan Atas – 1. Masakkan gula merah dan sedikit air hingga gula larut. Tapiskan.
2. Masukkan air gula tadi dan air serta serbuk agar-agar,masakkan hingga mendidih. 3. Telur dipukul bersama santan,dan tuangkan santan tadi ke dalam adunan agar-agar. 4. Masukkan sedikit garam. Biarkan mendidih sekejap. Tuangkan ke atas lapisan bawah dengan berhati-hati. 5. Biarkan sejuk sebentar barulah disimpan dalam peti sejuk hingga beku. Sumber resipi: resipibonda
|
ADVERTISEMENT