Oleh: CMFreporter2
Hati mana yang tak retak, tak terguris bila mengetahui pasangannya sering diganggu orang ketiga.
Inilah yang dirasai oleh pelakon yang tidak asing lagi, Sharifah Shahora. Dia sememangnya jarang keluar dengan cerita kurang enak di dada-dada akhbar dan media massa, apatah lagi kontroversi murahan. Namun, apabila rumah tangga diperkotak-katikkan dan diganggu oleh anasir jahat, Sharifah Shahora tidak berdiam diri lagi. Menurut laporan di portal Berita Harian, Sharifah Shahora mendedahkan, "Sudah lama saya sedar perkara ini tapi saya cuba kawal diri. Tapi kali ini saya tewas kerana perasan saya seperti dihentak-hentak. Saya tak mampu menyembunyikan apa yang terpendam lagi selama ini. Wanita itu memang tahu saya sedar permainannya, tapi tetap terus mengganggu rumah tangga kami. "Saya cuba menghubunginya tetapi dia tutup telefon bimbitnya. Malahan baru-baru ini dia sudah sekat akses saya di laman Twitter. Nampak dia memang pengecut. Kalau berani, kenapa buat semua itu," kata Sharifah Shahora menerusi portal Berita Harian.
(Sumber foto: Berita Harian) Meskipun amaran demi amaran telah diberikan terhadap wanita berkenaan, namun menurut Sharifah Shahora tiada sedikit pun perubahan positif berlaku, malahan wanita berkenaan semakin "kencang" memporak-perandakan hubungan mereka suami isteri. Terbaru, Sharifah Shahora sudah "meletop" dan menyebarkan nombor telefon wanita yang dikenali sebagai Yanie di laman Instagramnya. Diharapkan wanita yang mengganggu rumah tangga Sharifah Shahora dan suaminya, Raja Mukhriz segera bertaubat! Semoga pasangan ini kembali mengecap kebahagiaan! - CARI Infonet Sumber Berita: Berita Harian/ Oh Bulan
|
16
Bagus |
40
Marah |
13
Terkejut |
15
Sedih |
19
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ritrud727@sharifahshahora ppn2 yg suka laki org ni mmg smua jenis gatai poen ampaaa..jenis lapaq jantan sampai laki bujang xcukup so ambik laki org plak ...saiko
sharifahshahora@ritrud727 kami dah rasa hampa rasa niiii huwaaa @amiemaziah_makmie nak tumpang bahu.. Nangis .. Pompuan dia berani buat sbb kita tak kenal dia.. Yg lelaki melayan
ritrud727@sharifahshahora sabaq ampaa naa..pdn muka laki yg layan ppn ni...ppn saiko mmg utk lelaki bodoh..kan @amiemaziah_makmie ..ppn cerdik mcm kita ni laki mmg takut nk dekat
sharifahshahora@ysm_gul89 sbb dah bagi amaran suruh stop.. Cara elok.. Rupenya diorg berdua ni nk guna cara kasar
sharifahshahora@ysm_gul89 sbb dah bagi amaran suruh stop.. Cara elok.. Rupenya diorg berdua ni nk guna cara kasar
Mizlyn replied at 3-6-2015 02:00 PM
Shora ni ade id kat cari kan seru la she
mattzzx replied at 3-6-2015 02:02 PM
di ganggu makhluk halus kot.........
Syd replied at 3-6-2015 02:00 PM
kaka @sepitsiput
sepitsiput replied at 3-6-2015 02:07 PM
patutlah lama x nampak @kakprik berporem...rumahtangga bermasalah rupanya
Syd replied at 3-6-2015 02:04 PM
sheols kelakar occay
ai ols lupe ID dia laaa
rosasa replied at 3-6-2015 02:01 PM
hensem kaya sangat ka laki dia sampai gigih betina tu nak caras??
ADVERTISEMENT