Oleh : Dean BZ
Sumber foto : selfishparker.com
Masalah memarkir kenderaan sesuka hati adalah masalah yang sering melanda disetiap negara. Kita juga mungkin pernah melihat atau pernah berdepan sendiri dengan individu yang suka memarkir kenderaan "LIKE A BOSS" ini. Sesetengah individu lebih gemar mengambil jalan mudah dengan meletakkan kenderaan menghalang kenderaan lain dengan alasan "ala sekejap sahaja". Ada juga yang suka memarkir kenderaan tidak memasuki petak yang disediakan. Sikap seperti ini akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan pengguna parkir yang lain.
Adakah wajar pengguna yang mementingkan diri sendiri diajar seperti gambar dibawah ini?
Sumber foto : Kiriman Whatapps Group
Sumber foto : www.beritanisma.com
Sikap pentingkan diri perlu dibuang oleh setiap pengguna jalanraya, mungkin hari ini hari anda, esok lusa siapa tahu anda pula berdepan masalah parkir ini. Bayangkan jika ada kecemasan dan kenderaan anda pula dihalang oleh kenderaan lain?
Cadangan kami, jika terpaksa menghalang kenderaan lain, tinggalkan nombor telefon di atas dashboard kenderaan anda. Jadi ini memudahkan pemilik kenderaan yang dihalang untuk menghubungi anda. Jadilah pengguna berkhemah dan jangan sesekali pentingkan diri sendiri! - CARI Infonet.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|