CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majalah Gila-Gila hampir cecah 40 tahun

2-6-2015 11:41 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 35169| Komen: 237

Description: Lebih daripada 200 buah karya asal majalah Gila-Gila dipamer, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung meneroka ikon budaya dan imej tempatan yang cukup popular suatu ketika dahulu.


Majalah Gila-Gila merupakan sebuah naskhah humor yang mula diedarkan pada 1 April 1978. Ia diterbitkan secara bulanan oleh Creative Enterprise.

Komik tersebut diterima ramai sebagai bahan penting sejarah tanah air dalam menyingkap minda kreatif terbilang kartunis tersohor negara.

Menurut pengasas Majalah Gila-Gila, Jaafar Taib, niat asal adalah menerusi bakat dan kreativiti melukis yang ada pada dirinya untuk membuatkan pembaca ketawa apabila membacanya. 

Kaedah melakar lukisan menggunakan pena atau pensel pada permukaan kertas kerana ia dapat mengimbau kembali era sebelum digital, jelasnya lagi.

Bagi meraikan penglibatan majalah itu sepanjang lebih 30 tahun peranannya menghibur peminat kartun tempatan pameran yang berlangsung sehingga 15 Julai 2015 itu memapar koleksi terbesar karakter majalah ikonik negara, Gila-Gila.

Lebih daripada 200 buah karya asal majalah Gila-Gila dipamer, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung meneroka ikon budaya dan imej tempatan yang cukup popular suatu ketika dahulu.

Pameran Lagi-Lagi Gila-Gila turut menonjolkan kemampuan intelektual dalam kalangan kartunis mengguna elemen humor dan kemanusiaan dalam mempersembahkan sesuatu isu kepada penonton. - CARI Infonet





2

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razhar 26-5-2015 12:45 AM
majalah Ujang lagi best...ni dah kena penyakit berlumba bukak thread kaaa? ada incentive ka? patut admin buat/bagi incentive utk create nick manyak.. @lavazinc   
Quote ice_sky92 26-5-2015 12:58 AM
My favourite is Ujang.
Quote R2D2 26-5-2015 01:01 AM
majalah Gelihati, Batu Api dh berkubur
Quote aks_berhad 26-5-2015 01:21 AM
Tak dinafikan majalah ujang pada awal2 dulu mmg best. Tp aku tetap suka majalah gila2...penuh nostalgia.
Quote red_cattleya 26-5-2015 01:25 AM
ujang lagi legend..teringat zaman kecik2
Quote fennec 26-5-2015 01:25 AM
GILA-GILA...

Aku membesar dgn majalah kartun ni..hujung 80an-mid 90an..Dan antara sbb utama yg membuatkan aku nak sgt belajar membaca (masa umur 6 tahun) ialah Gila-Gila inilah.Sbb nak sgt baca kartun2nya.Then Alhamdulillah slps tu, umur 8 tahun dah boleh membaca dgn lancar, so sekali dpt Gila-Gila yg baru keluar masa tu, satu hari tak buat benda lain..
Quote fennec 26-5-2015 01:26 AM
aks_berhad replied at 26-5-2015 01:21 AM
Tak dinafikan majalah ujang pada awal2 dulu mmg best. Tp aku tetap suka majalah gila2...penuh nostal ...

Ye samalah..Majalah Ujang mmg best, tp Gila-Gila itu nostalgia.

Itu perbezaan tp persamaannya.
Quote fennec 26-5-2015 01:29 AM
red_cattleya replied at 26-5-2015 01:25 AM
ujang lagi legend..teringat zaman kecik2

Bg kamu masa kecik, tp bg kami majalah Ujang tu ketika zaman sekolah menengah.So bg kami Gila-Gila yg jauh lrbih dulu ada lg iut yg legend dan nostalgia.Kartunis Ujang itu pun asalnya dari majalah Gila-Gila.
Imuda pun adlh kartunis sambilan Gila-Gila di awal 90an dgn kartunya, Yushimura.
Quote highcastle 26-5-2015 01:53 AM
TT ni pandai matematik ke tidak? 2015 - 1978 = 37 tahun. Kena ubah tajuk tu, Gila Gila hampir 40 tahun..

Bagi aku kartunis Ujang antara penyumbang terbesar kepada populariti Gila-Gila & bila Ujang keluar dari Gila-Gila dan menerbit majalah Ujang, Gila-Gila terus sendu sambutannya. Berkenaan majalah Ujang, semenjak kartunis Ujang keluar dari majalah Ujang aku terus stop membeli.. kurang selera aku nak membacanya..
Quote Acong 26-5-2015 01:56 AM
highcastle replied at 26-5-2015 01:53 AM
TT ni pandai matematik ke tidak? 2015 - 1978 = 37 tahun. Kena ubah tajuk tu, Gila Gila hampir 40 tah ...

yeap....... lepas ujang tak tak jadik penulis/pelukis depa, aku langsung tak beli dah.....

baca pun tak.......

tapi idea ujang mmg terbaik......!!!




Quote haryatie 26-5-2015 07:58 AM
zaman sekolah dulu mmg x boleh hidup xde majalah ni..
suka btul...
Quote KayuBatu 26-5-2015 08:10 AM
ayub anak tulakang, a mamud, pst, aku budak minang, pepatah petitih, mat romeo, kartun pak jab yg pasal ada nyamuk serang kg (lupa nama siri tu), dll memang terbaik......  gambar keta  sport rim besar zainal buang hussein pon dah top semula......
Quote Suchi 26-5-2015 08:14 AM
Edited by Suchi at 26-5-2015 08:15 AM

gila2 ni ada lg rupanya

dulu masa kecik selalu pinjam yg jiran punya
suke baca time bulan puasa
3 dara pinggitan lah, pastu yg kartun dia mcm kartun lat tu lupa tajuk tp selalu naik vespa, awek dia nama moon.
kalo x gila2 layan ujang, dedua pun best. bulan 3 baru2 ni beli ujang masa kt sepital tak sangka masih ade lg majalah lawak ni..sapa2 masih ade majalah lawak ni yg lelama bestnya nk baca la.yg iols punya kt kg sah2 dah kena bako huhuhu.. pdhal best tu kalo dpt baca blk, paling best edisi ramadhan ngn raya la.edisi bumber kulit keras dan tebal, paling igt yg bumber aidilfitri tahun 94 masa iols darjah 3, lawa je gambo watak2 kartun ni pkai baju raya belaka.
Quote crazecousa 26-5-2015 08:22 AM
Gua layan APO? je... tu pun sebab LAMBOK lukis,
Quote rosa_canina 26-5-2015 08:43 AM
kdg2 beli jgk gila-gila wpun bukan tiap2 bulan

sekali sekala baca release tension
Quote dino 26-5-2015 08:46 AM
red_cattleya replied at 26-5-2015 01:25 AM
ujang lagi legend..teringat zaman kecik2

ujang pun asal dr gila2.... mmg nostalgia hbis la gila2 ni.... tak tahu plak masih ade lg gila2 ni.....
Quote dino 26-5-2015 08:48 AM
Suchi replied at 26-5-2015 08:14 AM
gila2 ni ada lg rupanya

dulu masa kecik selalu pinjam yg jiran punya

from taiping with love ka? zaman 80an 90an... zaman gemilang gila2.... teringat zaman kecik2 dulu....
dulu mana ade hiburan lain.... tv pun start kul 4 ptg hahah
Quote cicakgemok 26-5-2015 08:50 AM
Aku layan apo? dengan ujang..baru2 ni nampak gila-gila macam tak best je,aku beli ujang

Quote c===8 26-5-2015 08:52 AM
gila2 ni asalnya amik idea majalah mad
font gila2 pun sama dgn mad
kalau x silap mascot pun hampir sama

Lihat semua komen(237)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.089664 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top