Mungkin ada yang rasa pelik sikit tentang tajuk petua ini. Apa kes lak nak bersuara lembut ni. Tapi kan ada juga sesetengah wanita yang memiliki suara yang agak maskulin dan tak kurang juga lelaki yang memiliki suara yang sehalus semerdu Siti Nurhaliza. Tapi sebenarnya banyak keistimewaannya bagi sesiapa yang memiliki suara yang lembut terutamanya bagi seorang wanita. Bayangkanlah kalau yang baru berkahwin tu, sedang melayari malam pertama tutup jer lampu tidur tetiba suara tu bertukar garau sedikit ala-ala suara jantan…. tak ke panik sang jejaka dibuatnya… ahaks.. Wanita yang bersuara lembut nini selalunya ‘tampak’ lebih ayu dan manja. Dengan suara yang lembut tu rasanya kalau nak marah atau berleter berjam-jam kat pasangan pun dia mesti tak kisah punya. Bunyi suara tu sedap jer bak buluh perindu.
Satu kelebihan lagi, baik untuk wanita mahupun lelaki, kalau ada yang bersuara lembut ini kan lebih sedap nak mendendangkan lagu sewaktu berkaraoke dalam bilik mandi tuh. Sebab tu lah kot ada sesetengah orang tu bila minum kat kedai jer mesti order air asam, nak jaga suara lah katakan… Anyway, selain dari amalan minum air asam sepertimana yang ramai orang selalu buat tu, ada satu lagi petua tradisional untuk membolehkan kita memiliki suara yang lemah gemalai nie yang mungkin ramai yang tak tahu. Petua Memiliki Suara Lembut Petuanya ialah dengan mengamalkan minum air kepala kelapa. Ambil air kelapa muda yang fresh dan tuangkan dalam gelas atau cawan. Jangan diminum terus. Biarkan dahulu selama satu malam. Keesokan paginya selepas selesai bersarapan, barulah diminum air kelapa tersebut. Amalkan setiap pagi atau setiap dua hari sekali. InsyaAllah, jika rajin beramal, selepas beberapa lama anda akan melihat manfaatnya. -LadyLista.
|
ADVERTISEMENT