CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kem Transit Wang Kelian - Mereka Kena Rogol, Pukul Sampai Mati

29-5-2015 11:14 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 31250| Komen: 306


Nurul Amin Nobi Hussein, 25, (kanan) menceritakan detik-detik dia melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian, Perlis ketika ditemui Bernama di sini hari ini. - Foto BERNAMA


Penemuan kubur besar di Kem Wang Kelian semakin menarik perhatian ramai dengan pelbagai pembongkaran demi pembongkaran. Terkini seorang pelarian Rohingya, Nurul Amin Nobi Hussein menceritakan pengalaman selama dua bulan berada didalam tahanan sindiket itu. Beliau merupakan seorang tahanan yang berjaya melarikan diri dari kem "neraka dunia" itu.

Seperti di laporkan oleh BERNAMA, Nurul Amin menceritakan beliau sudah hilang semangat untuk hidup dan hanya memikirkan mati adalah jalan terbaik untuk mengakhiri segala keperitan dan seksaan.


“Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak,” katanya.

Beliau juga turut menceritakan detik-detik yang menyayat hati apabila ada tahanan wanita dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal-pengawal sindiket.  

“Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu,” katanya. - CARI Infonet.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 29-5-2015 08:04 AM
sedih giler. 'neraka dunia'
Quote pumpkingirl 29-5-2015 08:04 AM
Dah mcm rupa org kedah dah deme ni.
Senang menyamar.
Quote cegitu 29-5-2015 08:11 AM
kesian kat depa .. punya nak cari rezeki... orang malaysia tak mau kerja...
mai kerja sat blah ...bila tanya pasai apa berenti..
"kerja susah kak" dok dlm aircond kerja susah lagi....tak taulah nak jadi apa..
Quote CrowneGlory 29-5-2015 08:14 AM
Kesiannya...dah serupa kena dera dgn rejim polpot pulak.. IGP sila resign & thai media making fun of us? 2 x5 je
Quote akik 29-5-2015 08:19 AM
depressed aku baca berita macam ni..
Quote cm_asamkumbang 29-5-2015 08:31 AM
kesian sungguh la ...kejam sungguh manusia ni
Quote leylapple 29-5-2015 08:33 AM
“Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu,” katanya.


gila lah pegawai tu... ada jugak selera nak rogol org pompuan rohingha...

“Mati adalah lebih baik daripada hidup,” kata Nurul Amin yang membayar RM6,500 untuk menaiki bot selama 22 hari dari Maungdaw ke sempadan Myanmar dan Thailand.


masih jugak diorang datang ke sini....
Quote freebird 29-5-2015 08:35 AM
padan muka!! sapa suruh datang malaysia...
Quote Acong 29-5-2015 08:42 AM
mmmmm.......... org malaya lagi kejam dari sami myanmar  
Quote lostfaith 29-5-2015 08:46 AM
Walaupun aku kata padan muka. Sapa suruh cari pasal nak langgar undang-undang negara orang, berniat menceroboh negara orang, menlakukan jenayah imigrasi.  Kalu diorang tidak berniat begitu, takdelah peluanglah haiwan haiwan tuh mengambil kesempatan. Niat mencari kebebasan ekonomi sajork, macam kata PM bangladesh....
Quote taji2906 29-5-2015 08:47 AM
so dalang sindiket ni org siam la? sebab katanya pengawal berbahasa siam, masuk dari sempadan myammar-thai utk ke mesia..
Quote jengkoil 29-5-2015 08:50 AM
Perlis tu besar...pastu bilangan polis nga tentera x mencukupi untuk buat rondaan di sempadan... prffftttt...

harapkan pegar, pegar dapat sampul tebal...
Quote nh83 29-5-2015 08:54 AM
org thai yg seksa dan bwt jadi tahanan rupanya..ngeri tuh pengalaman tgk org kena bunuh,mati kena rogol..manusia kalahkan syaiton nirojim skrg aduii
Quote harimau76 29-5-2015 08:59 AM
kesian kat dorang.. tak dpt nak bayangkan budak2 pun kena pukul sampai mati... mmg kejam giler... takder manusia yg layak diperlakukan sedemikian rupa.. kena tangkap masuk dalam penjara pun layanan lagi elok..
Quote Syazzy 29-5-2015 09:01 AM
depa ni under one of the ASEAN country kan?
Quote intriQue 29-5-2015 09:06 AM
Tak sangka wujud "neraka dunia" sebegini kat "backyard" negara kita.  Slalu tgk dlm movie jer
Quote lostfaith 29-5-2015 09:08 AM
Sila sebarkan perkara nih samapi kat rakhine sana. Biar diorang jgn datang dah. Biar takut sikit.
Quote nuralisa 29-5-2015 09:10 AM
betulla.. dah macam polpot kejamnya...  
Quote captain_scubby 29-5-2015 09:13 AM
mcm tk sangka benda mcm ni masih lg terjadi lagi2 kat bumi Malaysia ni...
bila baca citer ni dok terbayang mcm citer dalam movie...

Lihat semua komen(306)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.083281 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top