Article Diterbitkan : 28 Mei 2015
Amalan membela toyol sudah bukan sesuatu yang baru bagi masyarakat di rantau Asean ini. Baru-baru ini, pemujaan 'Dewa Patung' menjadi semakin popular di kalangan penduduk Thailand. Dewa Patung bersifat kanak-kanak itu dikatakan mampu membawa kekayaan dan tuah buat mereka yang ikhlas menjalankan ibadah penyembahan. Terdapat artis yang berani membuat pengakuan mengatakan bahawa setelah menyembah pada Dewa Patung, lebih banyak peluang membuat persembahan dan berlakon diperolehi. Namun demikian, ada kelebihan pasti juga ada kekurangannya dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
Jadi, kalau seseorang itu nak mengekalkan kekayaan dan tuah yang diperolehi buat selama-lamanya, dia perlu berpegang janjinya terhadap Dewa Patung tersebut. Menurut laporan Coconut Bangkok, berbeza berbanding dengan dahulu seseorang itu perlu mendapatkan janin kalau ingin membela toyol dengan berkesan. Tetapi bagi mereka yang menyembah 'Dewa Patung', apa yang perlu dilakukan hanya beli patung bayi dan kemudian menjemput roh dari mana-mana bayi untuk menghuni di dalam patung tersebut. Baru-baru ini, seorang DJ berasal dari Bangkok bernama Bookko memberitahu secara terbuka bahawa kerjayanya di bidang hiburan menjadi lancar sejak meyembah Dewa Patung. Menurut Bookko, apabila memiliki Dewa Patung, dia pun bawanya pergi beli baju kanak-kanak dan habis saja membuat bayaran, dia terus menerima panggilan daripada jemputan yang telah dibatalkan sebelum ini. Justeru, Bookko pun segera meminta kepada Dewa Patung agar peluang pekerjaan yang lebih bagus dapat diperolehi berterusan sambil berjanji akan beli rantai emas untuk dipersembahkan kepada Dewa Patung itu. Memang betul, tidak lama kemudian Bookko mendapat peluang uji bakat untuk sebuah filem. Terdapat juga laman web yang menjual Dewa Patung dengan harga antara 2000 baht hingga 15900 baht atau lebih kurang bersamaan dengan RM200 hingga RM1590. Selain itu, terdapat juga seorang wanita Thailand yang mengadakan laman Facebook khusus bagi mereka yang minat Dewa Patung dengan tujuan untuk berkongsi pelbagai jenis dewa patung yang dimiliki. - CARI INFONET |
25
Bagus |
18
Marah |
25
Terkejut |
21
Sedih |
26
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bellaa replied at 29-5-2015 09:13 AM
ramai cina mesia p siam amik patung beby nih..
pastu ada agreement, xboleh ada anak sendiri.
ADVERTISEMENT