CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Rahsia 'Merampas' Kembali Suami Kita

28-5-2015 03:44 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3129| Komen: 1


Sememangnya perampas hadir untuk mengganggu gugat hubungan rumahtangga kita dan tak kurang juga sebagai cabaran dalam melayari bahtera perkahwinan kita.

Walaupun tajuk seperti nampak jahat, namun bagaimana jika suami kita dirampas orang? Ada baiknya kita 'rampas' kembali apa yang kepunyaan kita dan hak halal untuk kita. 

Bagi isteri yang sedang mengalami masalah ini, atau mungkin menghidu kelakuan suami yang berubah, jom baca:


1. JOM SERANG PEREMPUAN TU!...Oh No! Tenang, kita mampu lakukan lebih baik dari itu


Peringatan kepada mangsa, hentikan tangisan yang sibuk meratapi nasib diri, bangkit dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Jika dilihat, perkahwinan orang lama kebanyakannya bertahan hingga ke hujung nyawa. Pasti ramai yang tertanya bagaimana mereka dapat kekalkan keharmonian itu. Rahsianya mudah saja, gunakan ranjang sebagai penyelesaian setiap konflik yang berlaku.

Tidak dinafikan ada hati terluka sebaik mengetahui pasangan bermain kayu tiga, tetapi cuba ‘pulangkan’ kemarahan itu dengan memberi satu ‘pertarungan‘ menarik di ranjang. Harap-harap suami akan dapat lupakan si perampas suami orang itu.

Jadikan diri anda yang paling hebat dan menakluk kembali hatinya daripada dimiliki orang lain.

2. Imbas kenangan manis masa lalu
Kepada yang belum berkahwin, cari keserasian semula dengan melakukan sesuatu yang si dia suka. Ingatkan memorinya mengenai kasih sayang yang pernah kamu berdua lalui. Kata orang bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh kerana itu apabila mengetahui pasangan berlaku curang, usah segera menyalahkan pihak ketiga, iaitu si perampas suami orang.

Bersabar dan jangan cepat melatah. Fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan dan bukannya menambah masalah.


3. Belai manja sambil puji suami
Cari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan yang membuat ‘tahi’. Seboleh-bolehnya mulakan dengan pujian dan urutan yang melegakan. Jangan sekali-sekali memaksa sekiranya dia tidak mengaku kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Fitrah lelaki sentiasa ingin dibelai. Lupakan sementara perampas suami orang yang tidak sedar diri itu. Fokus pada suami sendiri dahulu.

Jika suami yang menimbulkan masalah, maka gunakan sikap manja isteri untuk memenangi hatinya semula. Biarpun ada perasaan terkilan di hati, tetapi cubalah lupakan seketika demi menyelamatkan rumah tangga. Mungkin apa yang anda berikan selama ini bukan seperti yang diinginkan. Cerminlah diri dan betulkan kesilapan. Selepas itu mulakan hari esok dengan episod kehidupan yang baru.

4. Fokus pada keluarga dan anak-anak
Fokus pada rumah tangga dan berikan perhatian sepenuhnya kepada perhubungan anda. Kehadiran orang ketiga banyak dikaitkan dengan masalah komitmen dalam perhubungan. Sama ada wanita mahupun si lelaki, kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan diri sendiri. Lupakan si perempuan perampas suami orang itu buat sementara.

Kekurangan komitmen membuatkan pasangan merasa diri tidak diperlukan lantas mencari ‘sumber’ untuk meluahkan perasaan. Dari situlah timbulnya bibit-bibit perkenalan yang melarat ke hubungan percintaan. Menyedari hal yang terjadi, maka fokus pada perkahwinan dan perhubungan anda. Kerja memang perlu tetapi jangan keterlaluan kerana harta dan kekayaan tidak pernah cukup apabila dicari.

5. Cuba perbaiki diri sendiri
Timbang dan betulkan kesilapan diri. Pasangan jarang memberitahu atau mengaku mengenai hubungan sulitnya. Jadi berkemungkinan anda mengetahuinya mengenai maklumat yang disampaikan atau melihat dengan mata kepala sendiri secara kebetulan atau intipan. Selepas melihat kelebihan ‘pesaing’ maka cubalah sedaya upaya untuk tandingi kemampuannya.

Tidak mustahil ada yang mengambil jalan singkat dengan bertemu bomoh, tetapi dalam masalah ini anda adalah penawar yang mampu memulihkan semula keadaan. Berhias dan layan pasangan sebaiknya. Jangan sekali-sekali bertanya apa kurangnya anda berbanding ‘teman istimewanya’ kerana itu hanya akan melukakan hati dan melunturkan semangat untuk memulihkan keadaan.

Akhir kata
Cuba teknik ini, ia bukan jaminan menyelesaikan konflik anda kerana setiap masalah berlainan ceritanya. Tapi setidak-tidaknya, selesaikan dan selamatkan dulu perhubungan anda. Usah biarkan dugaan yang datang sebentar itu merosakkan seumur hidup impian anda dengan si dia.

Jika semua yang terbaik anda telah lakukan untuk si dia. Ada masanya anda perlu fikirkan dirimu, mungkin kamu boleh bahagia bersama dengan yang lain yang lebih menghargaimu.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote seramado 4-6-2015 06:48 PM
kalao jadi saripah sahora camno

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.030769 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top