CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara2 penyokong Terengganu merusuh, St John Ambulans rugi RM200,000

19-5-2015 09:54 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8218| Komen: 50

 



Zaki ketika meninjau keadaan ambulans milik St John Ambulans Terengganu yang masih berada di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.        

KUALA TERENGGANU
– Insiden hampir 15,000 penyokong pasukan Terengganu bertindak liar dengan membakar harta benda serta sebuah ambulans milik St John Terengganu di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam kelmarin, menyebabkan pasukan menyelamat berkenaan kerugian lebih RM200,000.
        
Pemerintah St John Ambulans Negeri Terengganu, Mohd Zaki Ambak berkata, kejadian yang berlaku begitu mengejutkan pihaknya dan berharap kerajaan negeri mengambil perhatian dalam usaha membantu mendapatkan sebuah ambulans baru.
        
“Ini kejadian pertama berlaku kepada kami (St John Terengganu. Saya terkejut apabila lebih kurang pukul 2 pagi tadi (malam kelmarin) pegawai saya telefon beritahu ambulans terbakar.
        
“Ini adalah satu-satunya ambulans (yang terbakar) yang berada dalam kondisi terbaik kerana lengkap dengan pelbagai peralatan kecemasan, bila dah jadi macam ini agak sukar hendak buat kerja selepas ini dan memang kami amat perlukan (ambulans) baru,” katanya.
        
Menurutnya, terdapat tiga lagi ambulans milik St John Terengganu tetapi ketiga-tiganya kurang lengkap sepertimana ambulans yang terbakar.
        
Tambahnya, kejadian itu menyebabkan kemudahan pasukannya terganggu, tambahan pula banyak program lain yang telah diatur sepanjang tahun yang memerlukan ambulans.
        
“Mengikut perjanjian, dua buah (ambulans) digunakan untuk Larian Jambatan Sultan Mahmud, dua bertugas di lebuh raya sebelum dan selepas raya ini. Begitu juga perkhidmatan ambulans tanpa cemas dengan membawa pesakit dari rumah ke hospital dan banyak lagi.
        
“Sebab itu saya amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai serta campur tangan kerajaan untuk bantu kami mendapatkan sebuah ambulans baru,” katanya lagi. --SINARHARIAN
               
                                                           


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirage_46 18-5-2015 10:36 PM
minta kerajaan ganu yg baru..  minta 5 biji terus
Quote famri7 18-5-2015 10:37 PM
Kata darul iman tapi prangai persis iblis...isle mengajar keamanan.ummah yerngganu anut ugama apa sis?
Quote hanakikan 18-5-2015 10:39 PM
Suruh bdk2 st john sekolah buat derma. Dorang rajin mintak2 derma sambil pkai bj st john
Quote pagarkayu 18-5-2015 10:41 PM
Propa 15 ribu..yang berperangai beruk tu berapa je..
Quote VioletsAre_Blue 18-5-2015 10:45 PM
Tmj kata persatuan bola ganu antara terkaya kan?suruh je persatuan ganti..gaji rangel,mat yo berpuluh ribu sebulan boleh bayar takkan ambulans sebijik tak boleh ganti?
Quote TuntungReturn 18-5-2015 10:45 PM
st john ni dana die dri mne?
Quote lavarokokdaun 18-5-2015 10:50 PM
TuntungReturn replied at 18-5-2015 10:45 PM
st john ni dana die dri mne?



dari pak john steamboat...






bukan pak lu.....taw






Quote TuntungReturn 18-5-2015 10:50 PM
lavarokokdaun replied at 18-5-2015 10:50 PM
dari pak john steamboat...



lu mkn pun org blnje
Quote lavarokokdaun 18-5-2015 10:52 PM



biasak la...

orang hebat memang ramai nak blanja dinner...




Quote VirginLady 18-5-2015 11:07 PM
bodoh betol. lelaki mengamok sebab bola.

terencat!
Quote axl_bach 18-5-2015 11:38 PM
hmmmm, dan2 yg terbakar tu yg paling lengkap.....huhuhuhuhuh
Quote fealefea 18-5-2015 11:47 PM
ish siannya. teruk betul perangai. ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar. kerana bola mu jadi gile
Quote all4rez 18-5-2015 11:52 PM
Aku heran betullah... napa mesti gambar mamat tu ada depan van? X bolehkah cuma gambar van ambulan tu yg diambik? Atau mamat tu pun ambik port glemer sekali?
Quote JohnPuteh 19-5-2015 10:43 AM
Ummah Ganu lagi...
Quote razzmat 19-5-2015 11:23 AM
memamg patut kluar dari liga pun team macam ni . macam pondan sikit2 ugut nak tarik diri
Quote cmf_WonBin 19-5-2015 11:42 AM
St John Ambulan ni HARAM bagi moslem.

St John adalah jururawat sukarela yang bertugas semasa PERANG SALIB untuk merawat askar Kristian yang cedera semasa berperang membunuh pejuang Islam.

Hukum dia HARAM
Quote gaara_X 19-5-2015 11:50 AM
setakat ambulance.....apo laa sangat.... kerajaan negeri teganu kaya apo....minyak banyak apo
Quote GhostWalking 19-5-2015 03:53 PM
aku up kan yerrrr
Quote sub5zero 19-5-2015 04:57 PM
Ntah2  penyokong sigkapork yg pedajal.....suka suki jerr tuduh org ganu....set2 ganu baik2 belake....x caya tanya @peYno

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044213 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top