CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inilah Pelajar M’sia Pertama Selfie Di Majlis Graduasi UK

19-5-2015 09:59 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 16369| Komen: 92




JIKA di UiTM, selfie sewaktu di pentas graduasi adalah dikira menyalahi peraturan dan dianggap tidak menghormati etika majlis konvokesyen.
Malah penuntut yang melakukan kesalahan tersebut, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21 dikatakan bakal digantung diplomanya untuk tempoh setahun atau lebih selepas tindakannya itu dianggap telah memalukan pihak universiti.

Tapi sebaliknya di United Kingdom (UK), seorang pelajar Malaysia bernama Badrul Hisham rupa-rupanya telah pun terlebih dahulu melakukan aksi selfie sewaktu menerima skrol di majlis graduasinya pada tahun lepas.

Malah bukan setakat selfie, dia juga menari di atas pentas dengan memakai baju Melayu!

Di luar negara selfie sewaktu konvokesyen sememangnya perkara biasa, jadi tak hairanlah Hisham yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Sheffield ikut melakukannya.


Hisham yang kini telah menamatkan pengajian merupakan penulis buku ‘Advantura Pulang Ke Malaya’ yang mengisahkan pengalaman menarik dilaluinya sepanjang berkayuh dari UK ke Malaysia.



Menerusi Facebooknya Hisham berkata, jika dia melakukan aksi selfie tersebut ketika berada di Malaysia, maka sudah pasti sijil ijazahnya bakal digantung.

“First in England!! Seb baik aku tak masuk Uni kat Malaysia. Kalau tak confirm kena buang negara.. Scroll Master mechanical pon akan kena buang.. haha. Still I am the first in England (Maybe Europe) to Dance+ Selfie with the Chancellor grin emoticon. What a Beautiful day”

Aksi selfie daripada Hisham telah membuatkan suasana majlis konvokesyen bertambah meriah malah ramai Dekan yang berada di atas pentas tersenyum melihat aksinya.

Berbalik kepada isu selfie sewaktu majlis graduasi, wajarkah hukuman menggantung pengajian diberikan kepada penuntut terbabit?

Bagi kami, tindakan pihak UiTM yang ingin menggantung pengajian sebagai hukuman adalah terlalu melampau.

Ramai mengatakan sangat tidak logik apabila kesalahan melanggar protokol konvokesyen diberi hukuman sebegitu serius.

Bayangkan.. kes ‘pedofilia’ hampir diberikan peluang kedua tapi selfie semasa konvo dikenakan hukuman seakan menyebabkan ‘UITM terbakar pula’!

Sumber – MYNEWSHUB.CC

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 18-5-2015 06:10 PM
Uitm tak jadi denda lah
Quote Innrukia 18-5-2015 06:11 PM
Mynewshub ni pun bengap tak bertempat... Bila yg si bdk tu bakal kna gantung diploma? Bengap tak bertempat. Instead bg cover news bdk tak hormat majlis tu better pi cover berita2 keruntuhan akhlak masyarakat Malaysia & Melayu khususnya...
Btw si bdk yg bangga belajaq kat u oversea tu scholarship tu under england gak ker?
Quote tightcherry 18-5-2015 06:12 PM
Selfie tu sakit mental .. Maafkan jah pesakit begini
Quote kucingTomey 18-5-2015 06:15 PM
budak2 mesia ni kreatif mereka disekat....masyarakat pulak jumud dunia kedua....kalau dia nak buat tak salah undang2 buat je la....
Quote alinone78 18-5-2015 06:18 PM

Kalau boleh masa tengah meneran kat jamban pun nak selfie juga
Kalau boleh masa meneran nak beranak pun nak selfie
Masa nak climax pun nak selfie
Budak2 zaman la ni....
Quote tumpanglalu74 18-5-2015 06:47 PM
Innrukia replied at 18-5-2015 06:11 PM
Mynewshub ni pun bengap tak bertempat... Bila yg si bdk tu bakal kna gantung diploma? Bengap tak ber ...

http://mforum.cari.com.my/forum. ... edisi%2Bpenterjemah

Quote mbhcsf 18-5-2015 06:53 PM
hahahahahahahha....well...lain padang lain belalang..lain something , something something...cant remember the proverbs...
Quote MatDeghem 18-5-2015 06:55 PM
kerajaan malaysia boleh kebangga Badrul Hisham student pertama di Europe berselfie masa graduasi

Quote dodolgemok 18-5-2015 06:56 PM
Tak hormat majlis!takde protokol! Biadap!biar mati anak jgan mati adat!
Quote mikasa 18-5-2015 06:58 PM
boleh masuk World Book of Record
Quote famri7 18-5-2015 07:00 PM
Is it just me or budak laki di uk itu nampak sangt busuk.#husnuzon
Quote flying_cow 18-5-2015 07:00 PM
Rilex la uitm, apsal nak uptight sangat sampai orang selfie pon nak gantung bagai. Budak2 UM fakulti seni tu ha siap menari melompat2 bagai ambil skrol tak kecoh pon. Diorang punya big day bagi let loose sikit.
Quote scorpionkiki 18-5-2015 07:15 PM
famri7 replied at 18-5-2015 07:00 PM
Is it just me or budak laki di uk itu nampak sangt busuk.#husnuzon

Student lelaki malaysia di uk mmg bangga nampak busuk..dgn rambut tak potongnya...dgn baju tak kemasnya... tp majoriti pandai masak...
Quote missus_meow 18-5-2015 07:32 PM
Wow, bangganye jd warga msia ... first weh, berselfie .....

Omputih yg senyum tu pk , sian mamat dr dunia ke 3  ni ... x penah buat kot .... sbb tu excited terlebih .... ko pulak sangka dorang suke ....
Quote hyie 18-5-2015 07:35 PM
sakai sangat kau dik...bawak2 la belajar cara menghormati protokol majlis etc...
Quote Mary_jane 18-5-2015 07:47 PM
Kira norms violation gitew. Kalau abnormal sangat di cap taboo.
Quote saladin780 18-5-2015 07:55 PM
uni of sheffield ni tumpuan rakyat malaysia, mmg ramai pelajar melayu malaysia berkampung kat situ..
Quote primemova 18-5-2015 07:59 PM
apa yg barat buat tak semestinya betol dan kena ikut... Entag bila melayu nak ada rasa jatidiri lebih hebat dr barat
Quote ellejo 18-5-2015 07:59 PM
best ke selfie?

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.077536 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top