Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengkaji semula strategi pasukan kebangsaan dalam usaha meningkatkan ranking bola sepak negara, kata presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Malaysia kini menduduki ranking ke-166 dunia. "Perkara yang perlu diutarakan ialah masa untuk persiapan pasukan kebangsaan dan dengan siapa kita beraksi. Kita kena rancang dengan sebaik mungkin untuk kita boleh memperbaiki ranking. "Kita juga akan melihat beberapa cadangan mengenai struktur liga kita (Liga Malaysia), Piala FA dan Piala Malaysia yang akan diterangkan kemudian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco persatuan itu di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. Tengku Abdullah, yang baru dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia untuk penggal 2015-2019, berkata pandangan daripada semua pihak yang terlibat akan diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan. Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 122 pasukan wakil daerah dijangka beraksi pada Liga Bola Sepak Rakyat untuk pemain bawah 28 tahun yang bakal dilancarkan pada 15 Ogos ini. "Objektif liga ini adalah untuk cuba mendapatkan pemain terlibat dalam bola sepak peringkat amatur serta mendapatkan kelompok besar pengadil dan jurulatih serta pegawai perlawanan. "Secara tidak langsung, kami berharap untuk meningkatkan infrastruktur di peringkat daerah," katanya. sumber:www.stadiumastro.com
|
22
Bagus |
9
Marah |
Terkejut |
13
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT