Bunya Jalong, 60, ketika di luar mahkamah pada 7 Mei lalu. Khamis 14 Mei – Pembebasan tertuduh kes rogol bawah umur, Bunya Jalong oleh Mahkamah Rayuan atas alasan tiada bukti penetrasi zakar, menampakkan betapa undang-undang sivil tidak boleh membela mangsa. Mahkamah Rayuan telah menggugurkan hukuman asal dengan alasan bahawa tiada penetrasi zakar berlaku dan di dalam kes ini, penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol. Pada 2013, dia didapati bersalah merogol anaknya berusia 15 tahun pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu. Mangsa mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012. Khamis lepas, Mahkamah Rayuan Kuching membebaskan Bunya Jalong, 60, dari Sibu dari kesalahan merogol anaknya berusia 14 tahun dan menyebabkan mangsa mengandung, lima tahun lalu. Mahkamah membebaskan tertuduh kerana memasukkan jarinya yang berlumur air mani ke dalam faraj mangsa dan bukan melalui penetrasi zakar. Walaupun ujian DNA membuktikan bahawa Bunya merupakan bapa kepada anak mangsa, kerana ketiadaan penetrasi zakar ke dalam faraj menjadikan perbuatan itu bukan rogol.
|
lavakubis replied at 14-5-2015 11:36 PM
apa punyer pangai la kafirun kafirun ni....
nanti ada bahlol masuk salahkan uztad2 pulak...
FOTHER-MUCKER replied at 14-5-2015 11:38 PM
Macamlah DNA lu bagus sangat.
Walaupun ujian DNA membuktikan bahawa Bunya merupakan bapa kepada anak mangsa, kerana ketiadaan penetrasi zakar ke dalam faraj menjadikan perbuatan itu bukan rogol.
pittjie replied at 14-5-2015 11:50 PM
jari bapak dia tu boleh kluarkan sperm ke? rogol pakai jari boleh ngandung?
ADVERTISEMENT