CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perdana menteri Luxembourg selamat di ijabkabulkan dengan pasanganya.

16-5-2015 09:15 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 14675| Komen: 92

Description: LUXEMBOURG — Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel pada Jumaat selamat mengahwini pasangan gaynya sekali gus menjadi pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pertama menjalani perkahwinan sesama jenis. B ...


LUXEMBOURG — Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel pada Jumaat selamat mengahwini pasangan gaynya sekali gus menjadi pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pertama menjalani perkahwinan sesama jenis.

Bettel, berusia 42 tahun, ialah seorang ahli politik berhaluan kanan-tengah, mula menjadi perdana menteri sebuah negara kecil pemerintahan beraja berperlembagaan Katholik di tengah benua Eropah itu pada 2013 lalu.

Beliau berkahwin dengan pasangannya, Gauthier Destenay, seorang arkitek warga Belgium, beberapa bulan setelah dewan parlimen negara konservatif tersebut akhirnya meluluskan undang-undang perkahwinan gay.

Majlis perkahwinan berlangsung di dewan kota Luxembourg itu tertutup kepada pihak media disusuli pesta peribadi sehingga Ahad ini yang dihadiri sekitar 500 tetamu termasuk Perdana Menteri Belgium, Charles Michel.

Selain menjadi pemimpin EU yang pertama berkahwin pasangan gaynya, Bettel adalah pemimpin kedua di dunia setelah Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir yang mengahwini pasangan sesama jenis pada 2010.

Sehari menjelang upacara perkahwinannya dengan Destenay, Bettel dalam wawancara dengan stesen penyiaran awam RTBF dari Belgium menjelaskan, beliau tidak ingin menyembunyikan orientasi nafsu seksualnya.

“Saya boleh sembunyikan perkara ini dan menjalani hidup tidak bahagia selama-lamanya. Saya boleh menjalin hubungan dengan seorang wanita sekali gus menjalin hubungan homoseksual secara rahsia,” kata Bettel.

“Namun, saya katakan kepada diri saya sendiri bahawa jika saya ingin menjadi seorang politikus yang jujur, maka saya harus mula dengan jujur kepada diri saya sendiri dan menerima diri saya apa seadanya,” tambah beliau.

Parlimen Luxembourg mengesahkan secara legal perkahwinan sesama jenis kelamin pada Jun 2014 lalu dan perkahwinan gay yang pertama negera itu sudah dilaksanakan pada 1 Januari 2015. – Agensi/H.A.AMREE


suumber : http://mynewshub.cc/2015/05/16/pm-lu...ia-kahwin-gay/




Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 16-5-2015 09:02 PM
Selamat pengantin baru
Quote mbhcsf 16-5-2015 09:03 PM
No wonder Cameron wanted out oops ....
Quote pittjie 16-5-2015 09:06 PM
semoga segera mendapat cahaya mata.
Quote lavameetarik 16-5-2015 09:09 PM
bahlol punyer kokosen..

pangai busuk loji kumbahan ni la balaci balaci duk sembah...

bahlol punyer balaci..

Quote Kittie 16-5-2015 09:12 PM
Hahaha... terkujat Kittie.
Quote estrelle 16-5-2015 09:16 PM
moga berbahagia ke anak cucu la hendaknye
Quote hanakikan 16-5-2015 09:18 PM
So sweet.
Quote hanakikan 16-5-2015 09:20 PM
Eh kira baru jugak la parlimen dorang luluskan gay marriage. Finland br luluskan tp start 2017. Ireland dorang tgh vote nnt 2015.
Quote lil_honey 16-5-2015 09:35 PM
aiyoo..tekejut tgk headline cari hari nih.. tahniah and all the best..
Quote tightcherry 16-5-2015 09:37 PM
Gay2 msia sure bharap dpt kawen sejenis nt.... Teda faedah lgsg
Quote FOTHER-MUCKER 16-5-2015 09:48 PM
They married to avoid the inheritance tax. When one dies all his/her assets go to the other with no tax to pay.

Quote flying_cow 16-5-2015 10:00 PM
Malam2 lawan pedang.
Quote alahai 16-5-2015 10:09 PM


alololooo manjeeenyaaaa
Quote genUmi 16-5-2015 10:12 PM
pm yg mana satu kiri ke kanan?
Quote Decaffeinated 16-5-2015 10:18 PM
mbhcsf replied at 16-5-2015 09:03 PM
No wonder Cameron wanted out  oops ....

Britain tu dah lah pulau, drive on the left side of the road. Nak masuk negara dia melalui EU kena dua kali chop passpot. Lepas tu tak mo pakai Euro.

Quit EU join US kot....



Quote Decaffeinated 16-5-2015 10:34 PM
FOTHER-MUCKER replied at 16-5-2015 09:48 PM
They married to avoid the inheritance tax. When one dies all his/her assets go to the other with no  ...

kalau tak kahwin just wasiat tax dia berapa?

aku percaya tax and benefits adalah consequences of marriage, any marriage. The real driver for this couple is their love for each other. So suweeeetttt

Infact, this is one of those rare occasions when I believe a man's love is real. Paling aku tak caya bila lelaki melayu sebut 'aku terima nikahnya'.... entah kenapa aku macam dengar terima benda lain jer...



Quote finesse 16-5-2015 10:42 PM
Sweetnya... Sama padan... Semoga berbahgia...
Quote ellejo 16-5-2015 10:50 PM
wahhh till jannah
Quote ultra78 16-5-2015 10:55 PM
Mudanya. Umur 42 tahun dah jadi perdana menteri. Malaysia patut pilih orang muda jadi perdana menteri. Ini tidak, masih duk pilih golongan tua yg berfikiran outdated jadi pm atau ketua parti politik. Tak habis-habis duk ulang modal cerita zaman jepun dan menuduh golongan muda tak sedar diri. Sebijik macam yahudi yg duk ulang cerita holocaust. David Cameron masa first term jadi PM Britian dulu pun masa dia berumur 43 tahun.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.330184 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top