Michelle Yeoh Terima Semula Cinta Jackie Chan Bintang filem bertaraf antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 52, bersedia 'bercinta' semula dengan pelakon aksi terkenal Datuk Jackie Chan, 61. Perkara itu dinyatakan sendiri pelakon berasal dari Ipoh, Perak itu sewaktu menjawab pertanyaan daripada pengacara Anugerah Filem Festival Asean Antarabangsa (AIFFA), baru-baru ini. "Kami telah bercakap tentang kisah cinta selama 30 tahun. Bila-bila masa saja jika awak sudah bersedia, abang!" balas Michelle. Hujung minggu lalu, Jackie berkunjung ke Kuching, Sarawak sempena kemuncak AIFFA. Pada malam anugerah tersebut beliau menerima trofi khas, Anugerah Inspirasi Asean. Di sebelah petang sebelum anugerah berlangsung, Jackie sempat mengadakan sesi bertemu peminat serta media. Ketika itu beliau tertarik dengan keindahan negeri Sarawak dan menyatakan hasrat mahu menghasilkan sebuah cinta di negeri bumi kenyalang itu. Namun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila Jackie memberitahu beliau akan meneruskan hasrat itu tetapi dengan syarat hanya Michelle sahaja yang boleh menjadi kekasihnya untuk filem berkenaan. Kedua-dua bintang filem tersebut pernah bergandingan menerusi filem Polis Story 3 kira-kira 23 tahun lalu. Ketika itu Michelle baru memulakan kerjaya lakonannya di Hong Kong. Sementara itu, menerusi laman Facebook miliknya, Jackie berkongsi kegembiraannya bertemu dengan Michelle. "Perkara yang paling gembira ialah bertemu dengan rakan lama saya, Michelle. Saya benar-benar menghargai setiap saat dan peluang kami dapat berjumpa dengannya kerana kami sangat sibuk dan jarang sangat dapat bertemu. Dalam buku terbaharu saya, saya ada menulis tentang dia," katanya.
|
1
Bagus |
6
Marah |
3
Terkejut |
14
Sedih |
2
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT