CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21238|Reply: 0

“Terima Kasih Uqasha” – Kamal Adli Gembira Dapat Lepas Rindu Jumpa Hawra

[Copy link]
Post time 24-1-2026 11:19 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Kamal Adli dilihat gembira apabila memberitahu dia dapat bertemu dengan anaknya, Hawra Uqaira selepas dua minggu tidak berjumpa.


Memetik mStar Online, Kamal berkata meskipun dapat meluangkan masa sebenar namun dia seronok dapat melihat telatah anak kesayangannya.


“Hari ini sebelum datang ke sini, saya sempat berjumpa dengan Hawra. Sebab itu saya lambat tadi sebab meluangkan masa bermain dengan dia. Seronok sangat lepas lebih kurang beberapa minggu tidak berjumpa,” katanya.


Sementara itu, Kamal turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose memberi keizinan untuk meluangkan masa dengan Hawra.


“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana beri peluang kepada saya untuk meluangkan masa bersama Hawra.


“Saya rasa sangat gembira, memang gembira. Tadi saya dapat beberapa jam pukul 2 hingga 5.30 petang,” katanya.


Kamal turut berkongsikan dia hanya bermaian dengan anaknya di kawasan perumahan Uqasha kerana kesihatan Hawra yang kurang baik.


“Saya tengok dia macam dah nak kena ‘chicken pox’. Jadi tadi dia tak pakai baju. Saya hanya bermain denganya di kawasan bawah rumah saja bukan di taman permainan,” katanya.


Dalam pada itu, Kamal berkata dia akan memastikan untuk meluangkan masa dengan anaknya jika ada kelapangan.


“Sekarang, setiap kali ada masa lapang, saya akan jumpa. Kebetulan hari ini memang saya lapang. Saya baru saja sampai dari Kuantan dan terus pergi jumpa Hawra dulu.  Saya akan cuba cari ruang dan masa untuk berjumpa dengan Hawra. Itu sahaja,” katanya.




Sumber : mStar Online, rotikaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.050770 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list