CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Pahang Gesa Rakyat Berikan Sokongan Penuh Kepada Najib

17-4-2015 10:56 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13801| Komen: 132

Description: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menggesa rakyat di negeri itu, terus menyokong kepimpinan sedia ada yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam usaha mengekalkan keamanan dan kese ...


Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menggesa rakyat di negeri itu, terus menyokong kepimpinan sedia ada yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi kini.



"Datuk Seri Najib seorang pemimpin yang sangat rajin dan saya sangat berbangga dengan beliau. Marilah kita sama-sama berdoa agar kepimpinan beliau kekal dan semua rakyat harus menyokongnya, jangan mengkritik bukan-bukan tentang perkara yang kita sendiri tidak tahu," titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang di Indera Mahkota di Kuantan, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai isu semasa, termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang akan diadakan 5 Mei ini, berikutan kematian anggota parlimennya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis pada 4 April lepas.

Baginda pada masa sama, turut menasihatkan rakyat agar sentiasa menjaga keamanan dan mengikut peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh PRK itu.

Dalam perkembangan lain, Sultan Ahmad Shah berharap agar penambahan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat dapat dilakukan di negeri ini, untuk kemudahan rakyat terutama yang tinggal di kawasan pedalaman khususnya yang jauh dari balai bomba.

Selain itu, baginda berharap pihak berkaitan dapat menubuhkan sebuah balai bomba di Bukit Fraser, memandangkan kawasan peranginan itu agak terpencil dan bantuan menyelamat akan menghadapi kesukaran ke sana jika berlaku kes kecemasan.

Sementara itu, Halimah dalam sidang media berasingan berkata kementerian dan Jabatan Bomba akan segera berurusan dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menubuhkan balai bomba berkenaan dalam masa terdekat.

"Kita juga akan menambah kelengkapan dan peralatan jabatan bomba di seluruh negara dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Kerajaan negeri juga diberi keutamaan bagi mencadangkan balai bomba mana yang perlu dinaik taraf atau dibina baharu dan mana yang perlu ditukar dan digantikan dengan peralatan moden," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menaik taraf pasukan bomba sukarela yang kini mempunyai sebanyak 396 pasukan di seluruh negara.

Fungsi pasukan bomba sukarela, katanya amat penting terutama dalam memberikan bantuan di peringkat awal berlakunya kes kecemasan.

"Setakat ini, pasukan bomba sukarela tersebut mempunyai 14,000 anggota yang bertindak sebagai barisan hadapan apabila berlaku kebakaran, kemalangan atau bencana alam," katanya.

- Bernama

3

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 16-4-2015 07:37 PM
Ha ha ha ha.....
Quote tightcherry 16-4-2015 07:39 PM
Middle fing...
Quote dubuk 16-4-2015 07:43 PM
kalau kami gesa hapuskan gst macammana?
Quote sub5zero 16-4-2015 07:43 PM
Dah x penuh sokong... sbb tok T dh declare tim tun det
Quote EJALTI 16-4-2015 07:43 PM
Sultan Pahang pun dah tersampuk dgn sindrom Wok Jowo Maslan.....

Atau takut tak masyukkkkkkkk......Maslan pun Maslan la, janji masyukkkkkkk.......
Quote MissNigga 16-4-2015 07:44 PM
Bluekkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote AbukRokok 16-4-2015 07:48 PM
hahahahahaha
Quote hzln 16-4-2015 07:50 PM
abis lah mek ti
dah menderhaka dgn sultan nampaknya
Quote kelana36 16-4-2015 07:52 PM
ni sudah parah, sampai sultan kena bertitah suruh bagi sokongan...
Quote chaintea 16-4-2015 07:53 PM
x hingin!!

Quote hzln 16-4-2015 07:54 PM
umno ni ada byk sungguh cawangan
yg terbaru cawangan istana pahang
Quote dauswq 16-4-2015 07:57 PM
sultan pun leh main politik kah?
Quote mak_wa95 16-4-2015 08:00 PM
istana dah campurtangan tu..

Quote Orix 16-4-2015 08:06 PM
sultan plg senang bg pgkat (jual pangkat) goes to...........
Quote blastoff 16-4-2015 08:06 PM

Quote EJALTI 16-4-2015 08:11 PM
hzln replied at 16-4-2015 07:50 PM
abis lah mek ti
dah menderhaka dgn sultan nampaknya

Mek ti selpie dah tak boleh nyanyi sesama Sultan kat brithday parti Sultan.....
Quote sambaldurian 16-4-2015 08:23 PM
hzln replied at 16-4-2015 07:54 PM
umno ni ada byk sungguh cawangan
yg terbaru cawangan istana pahang

Haha, ini kelakar. Untung le ada org syg
Quote lavaparia 16-4-2015 08:49 PM
wa bukan apa

dulu wa tengok macai2 paling sentap kalau raja kena kutuk

demi mancung

bagi middle finger bagai

lu orang elok la berkawan ngn isham rais tukar tiub

sama2 homo sama2 perasan syumul dan sama2 budusssssss
Quote Innrukia 16-4-2015 08:55 PM
Sultan kedah aka agung taknak declare suh rakyat sokong ka

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053080 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top