CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Remy Berasmara Atas Batu

16-4-2015 05:59 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 35766| Komen: 194

Description: Remy Berasmara Atas Batu Published on Thursday, 16 April 2015 09:36 Salah satu babak lakonan Remy Ishak dan Izarah Aishah dalam filem Pilot Cafe.Salah satu babak lakonan Remy Ishak dan Izara ...

Remy Berasmara Atas Batu
Published on Thursday, 16 April 2015 09:36




Salah satu babak lakonan Remy Ishak dan Izarah Aishah dalam filem Pilot Cafe.Salah satu babak lakonan Remy Ishak dan Izarah Aishah dalam filem Pilot Cafe. Pelakon Remy Ishak menjelaskan gosip mengenai dirinya sudah bertunang hanyalah salah faham.

Menjelaskan lebih lanjut perkara itu, Remy menyatakan dia menyedari ada komen dari pengikut di laman Instagram miliknya menyatakan dia bertunang. Walhal sebenarnya ia adalah majlis pertunangannya adik bongsunya.

"Itu hanya salah faham. Memang saya perasan seorang pengikut saya di IG menulis komen saya bertunang dan peminat lain nampak jadi mereka terperanjat.

"Sebenarnya, adik lelaki bongsu saya yang bertunang dan akan berkahwin pada September ini," katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis tayangan filem terbaharu lakonannya, Pilot Cafe di Kuala Lumpur, semalam.

Pelakon berusia 33 tahun itu mengulas laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini menyebut dia dalam diam sudah mengikat tali pertunangan dengan gadis. Memberi reaksi terkejut ketika diajukan dakwaan itu, Remy menyatakan dia masih lagi belum bertemu dengan pilihan hatinya justeru buat masa ini tumpuannya hanya pada kerjaya.

Katanya, bukan tidak terfikir mahu mengakhiri zaman bujang tetapi sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, dia mahu mendahulukan adik-adiknya. Dalam pada itu luah jejaka berkulit hitam manis ini lagi, dia sukar menemui pasangan kerana timbulnya persepsi dirinya sukar didekati wanita.

Akuinya, dia bukan seorang yang memilih sebaliknya mengimpikan seseorang yang boleh menerima dirinya sebagai orang biasa bukan atas nama seorang yang popular.

"Saya anak lelaki sulung, jadi tanggungjawab dan banyak hal tentang keluarga terletak di bahu saya.

"Biarlah adik-adik saya dulu yang berumah tangga, kemudian baru saya fikirkan tentang diri saya," ujar anak kedua daripada empat beradik ini.

Akuinya, pandangan sesetangah pihak terhadapnya membuatkan dia sukar mendapat pasangan.

"Orang takut nak dekati saya disebabkan spekulasi negatif dan persepsi mereka terhadap saya.

"Hakikaktnya ramai orang apabila sudah kenal saya, mereka akan kata yang saya bukan seperti yang mereka sangkakan atau yang mereka pernah dengar mengenai perkara negatif tentang saya.

"Kalau perkara sebegitu masih lagi menghalang saya mencari pasangan sendiri sehingga usia semakin meningkat, saya akan serahkan pada keluarga untuk carikan calon isteri untuk saya," katanya sambil tersenyum.

Dipukul Ombak Ketika Berasmara

..

Sementara itu, menyentuh pengalaman berlakon menerusi filem Pilot Cafe, Remy menyatakan dia bertuah kerana sekali lagi dapat bekerja di bawah arahan pengarah Osman Ali selepas Cun dan Sejoli.

Dedahnya, dia antara pembaca tegar novel Ahadiat Akashah untuk filem kali ini malah, pernah berangan melakonkan watak juruterbang, Kapten Ameer iaitu teraju utama kisah romantik tersebut.

"Saya pernah baca novel Pilot Cafe sewaktu zaman sekolah. Saya pernah bercita-cita nak jadi juruterbang jadi saya memang pernah berangan nak berlakon sebagai Ameer tetapi mungkin bukan rezeki saya kali ini," tuturnya yang memengang watak sebagai pemuda kampung bernama Rashid.

Meskipun penglibatannya tidak banyak tetapi ada beberapa babak yang mencabar yang terpaksa dilakonkannya.

"Babak saya dan Maya (lakonan Izarah Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya.

"Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar.

"Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izarah yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu.

"Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.

"Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan.

"Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu," kongsinya.

Pilot Cafe turut diterajui barisan pelakon hebat lain seperti Fahrin Ahmad, Neelofa, Datuk Eizlan Yusof, Keith Foo, Aishah Ilyas, Ainuk Aishah dan ramai lagi.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures ini akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air mulai 30 April ini..

-mD


http://www.malaysiandigest.com/h ... utm_medium=facebook

6

Bagus
9

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 16-4-2015 10:53 AM
Best jugak jadi pelakon ni yer..
Quote hzln 16-4-2015 10:58 AM
kot kena hanyut ombak time shooting tuh...mati dlm keadaan nak bergomol dgn anak dara orang
Quote mzzenma 16-4-2015 10:58 AM
tuntutan watak katanya
Quote the_killer 16-4-2015 11:01 AM
malaysia boleh la buat filem ala2 9songs
Quote khailya 16-4-2015 11:02 AM
seksa tgk gambar ni..huu
Quote zafira 16-4-2015 11:03 AM
laaa...tercucuk batu karang pun nak citer.... lainlah kalo tercucuk heroin pompuan tu...
Quote melia_star 16-4-2015 11:06 AM
bagaimanakah perasaan mereka ketika hugging2 dlm air ek.....
Quote hzln 16-4-2015 11:08 AM

demi tuntutan watak beromen, dipukul ombak, tercucuk batu karang...semua sanggup dihadapi
Quote mrseller 16-4-2015 11:09 AM
Bila osman ali nak wat softcore nih?
Quote mzzenma 16-4-2015 11:12 AM
hzln replied at 16-4-2015 11:08 AM
demi tuntutan watak beromen, dipukul ombak, tercucuk batu karang...semua sanggup dihadapi

propesional kan..haruslahhh
Quote mzzenma 16-4-2015 11:13 AM
zafira replied at 16-4-2015 11:03 AM
laaa...tercucuk batu karang pun nak citer.... lainlah kalo tercucuk heroin pompuan tu...:l ...

terpaksa cerita pasal karang...bagi menunjukkan pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menjayakan felem tersebut
Quote the_killer 16-4-2015 11:15 AM
hzln replied at 16-4-2015 11:08 AM
demi tuntutan watak beromen, dipukul ombak, tercucuk batu karang...semua sanggup dihadapi

tp kalo izara aishah tercucuk oleh remy mcm mana? dalam air kan...kita tak tahu.....feel katanya
Quote liyamariska 16-4-2015 11:15 AM
sbb tu ada sesetgh ibubapa melarang keras anak2 mereka menjadi artis...
Quote melinda_kerr 16-4-2015 11:15 AM
Tak sencored ke?
Quote nidzhar 16-4-2015 11:18 AM
sadis betul drama melayu ni
Quote BlueEagle 16-4-2015 11:21 AM
Edited by BlueEagle at 16-4-2015 11:22 AM

diaorg ni tak kena panggil ke tuk kaunseling.....


lufer...diaorg ni berbeza....
Quote emma.giggs 16-4-2015 11:29 AM
Wow.. kelas kau remy.
Quote DayangKirana 16-4-2015 11:32 AM
ni kalau tangkap, memang sure basah...

Quote kejoraria 16-4-2015 11:33 AM
sedaplah tu dpt peluk anak dara

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.065888 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top