Bangla Pasar Borong Ugut Ng Peng Mun?
Md. Rahman Md. Samsulhowlader, 42, didakwa mengugut Ng Peng Mun, 58, dengan mengancam mangsa ‘tak bagi kerja sini dan bagi satu minggu, kalau datang lagi pukul sama saya’. Dia juga didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap Md. Altaf Hossain, rakan senegaranya, dengan mengugut ‘akan memotong dan akan hantar mayat ke Bangladesh’. Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pasar Borong Selayang dekat sini, kira-kira pukul 1.30 petang, 26 Mac lalu. Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nom Phot Prakdit mencadangkan agar tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan. Peguam Zainal Omar yang mewakili tertuduh memohon agar jumlah itu dikurangkan memandangkan tertuduh mempunyai tanggungan di kampung halamannya. Majistret Erry Shariman Nor Aripin membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai syarat tambahan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Mei ini. - See more at: http://m.utusan.com.my/berita/ma ... thash.fg0tJFN4.dpuf
|
mattzzx replied at 15-4-2015 05:36 PM
Datang kenegara orang ada hati nak main ugut2....
BotakChinPeng replied at 15-4-2015 05:49 PM
Entah lah apa nak jadi dgn ummah bangla.
.
Dgn sindiket yg kurung dia sampai kebuluran dulu tak ...
mak_wa95 replied at 15-4-2015 05:43 PM
nak dapat kerja pun main ugut2...
BotakChinPeng replied at 15-4-2015 05:55 PM
Dia dah ada kerja. Ugutannya lebihkurang macam tak suka apek tu datang bagi saingan
bluehedgehog replied at 15-4-2015 06:11 PM
ramai je minah meleis minat bangla...
slavehunter replied at 15-4-2015 06:10 PM
Bangla dah naik kepala pulak.....
chaintea replied at 15-4-2015 07:24 PM
Pasar borong mana ni?
Wah beraninya bangla itu
ADVERTISEMENT