CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Romeo Warga Australia Ugut Ariana

5-8-2014 12:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11381| Komen: 89


Hidup Ariana porak-peranda hampir tiga bulan selepas diugut mat romeo warga Australia yang hanya mahu mengikis hartanya

SEORANG eksekutif sebuah syarikat swasta di Kerteh yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana, 27, tidak menyangka lelaki yang dikenalinya menerusi Facebook mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Kata Ariana, walaupun kejadian itu sudah dua tahun berlalu, dia masih trauma apatah lagi kerugian kira-kira RM87,000 setelah diperdaya mat romeo warga Australia berkenaan.

Hidup Ariana tertekan selama hampir tiga bulan selepas bekas kekasihnya itu asyik memeras ugut untuk menyebarkan gambar peribadinya di laman sosial.

“Hidup saya tak tentu arah dan porak-peranda hampir tiga bulan kerana setiap hari dia minta duit,  selagi saya tak pindahkan duit ke akaunnya selagi itulah dia ganggu saya.

“Mula-mula diugut, saya pindahkan RM30,000 ke dalam akaunnya, namun selang seminggu kemudian dia minta lagi RM20,000,” katanya kesal dengan apa yang terjadi.

Terima pelbagai hadiah

Menceritakan segalanya Ariana berkata, dia mengenali lelaki itu bernama Harry yang mendakwa berusia 33 tahun dan bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat ternama di Australia.

Mereka berhubungan selama enam bulan hingga akhirnya menjadi pasangan kekasih.

“Saya biasa berbual dengannya menerusi Facebook, Skype selain aplikasi WhatsApp Messenger yang ketika itu baru popular di negara ini.

"Cara dia berkomunikasi menggambarkan dia serba-serbi tahu, sebab itu saya terpikat dengannya. Dia juga sangat romantik kerana di awal perkenalan saya menerima beberapa hadiah daripadanya," katanya.

Kata Ariani, Harry juga mengakui tertarik dengan Islam kerana katanya dia juga mempunyai beberapa rakan yang beragama Islam.

Namun, semasa sedang hangat dilamun cinta, mangsa tidak menyedari dirinya dijerat apabila lelaki terbabit memintanya menghantar gambar yang mendedahkan sebahagian tubuhnya.

Diugut hingga papa kedana

Lelaki itu keterlaluan apabila memintanya memindahkan wang sejumlah RM100,000 ketika dia sedang mengikuti kursus selama tiga minggu di ibu negara.

Kata Ariana, sebelum mengikuti kursus, lelaki tersebut berjanji tidak akan mengganggunya lagi selepas dia memindahkan wang terkumpul sebanyak RM87,000 menerusi pindahan telegraf (TT).

Berikutan terlalu tertekan, Ariana akhirnya membuat laporan polis di salah sebuah balai polis di ibu negara selepas mendapat nasihat daripada rakan sekerjanya.


“Dalam tempoh tiga bulan diugut, saya jadi papa kedana kerana bukan sahaja kesemua duit simpanan dalam bank dan wang pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) saya ambil, malah semua barang kemas, komputer riba dan gajet juga saya jual.

“Saya juga pinjam duit kakak dan abang, tapi saya tak cerita kepada mereka apa yang berlaku sebab saya sangat malu dan tak mahu ibu, ayah dan adik-beradik risau.

“Sampai sekarang saya menyesal kerana terlalu ikutkan nafsu, sebab terlalu sayangkan dia saya ikut segala kehendaknya tapi akhirnya makan diri sedangkan dia hanya mahukan duit,” katanya.

Justeru, Ariana mengingatkan semua gadis dan ibu tunggal lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan lelaki terutama warga asing yang mahu berkenalan supaya tidak ada lagi menjadi mangsa sepertinya.

23

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idadzira 5-8-2014 08:51 AM
dah ko mmg bodoh cepat sangat percaya jantan haprak. feeling nak kawin dgn lelaki mat salih la ni kan. nasib baik ko dah sedar
Quote kucen_miang 5-8-2014 08:52 AM
tunggu akak changa masuk dan ucapkan..selayaknyalah..
Quote mikasa 5-8-2014 08:53 AM
tgok dari sisi pun boleh agak rupa perempuan ni.....


kebanyakkan kes yang kena tipu ..takda nyer perempuan tu cun macam nora danish
Quote cmf_rambutan 5-8-2014 08:54 AM
baru nak canang serata fb bakal bersuamikan mat saleh ostolia.... dah papa kedana dulu
Quote nikaido 5-8-2014 08:59 AM
setakat body mcm ni, gambar tersebar pun takde sapa nak tengok. kalau aku kena ugut, mmg x bayar, nak sebar-sebarlah. kl org jumpa pun just cakap itu photoshop (mcm artis selalu ckp)
Quote alieyrina 5-8-2014 08:59 AM
Spichless sunggoh aku dgn spesis mcm nii...anggap ja kifarah ...tp gambaq pribadi tu mcm mana yg dia takut sgt...
Quote lavasyawal 5-8-2014 09:01 AM
Pompuan...tak berapa ramai sgt yg pandai bila sedang mabuk cinta..



Quote shamsadis 5-8-2014 09:04 AM
alhamdulillah...sekali lagi wanita Melayu diperdaya adakah akan ada lagi
Quote fifie_olin 5-8-2014 09:07 AM
kemarok nk berlaki kan kokesen ni la jadinya...
konpem jantan ni negro itam berkerak...
byk gak duit minah ni....keje pe ek
Quote batusembilan 5-8-2014 09:09 AM
bosan aku dh citer2 mcm ni. bila la nk pandai rakyat malaysia ni
Quote otai_g 5-8-2014 09:16 AM
hmm bagi duit pun pic vogel beliau akan disebarkan jgk kat internet. sama jerk..... amik ko ubat nak sgt berlakikan kokesen.... keh3. mesti laki tempatan dah x nak lg kat awek mcm ni yg pic vogelnya telah merata tersebar....
Quote damian_lee 5-8-2014 09:17 AM
tipikal storyline .... tp ramai yg prefer jadi typical "ignorance" ....
Quote zacrin 5-8-2014 09:21 AM
bodoh bodoh bodoh akal mana akal
Quote nikaido 5-8-2014 09:21 AM
“Sampai sekarang saya menyesal kerana terlalu ikutkan nafsu, sebab terlalu sayangkan dia saya ikut segala kehendaknya tapi akhirnya makan diri sedangkan dia hanya mahukan duit,” katanya.

* tengok gambar pun dah boleh agak jenis nafsu kuat otak lemah
Quote zacrin 5-8-2014 09:22 AM
mikasa posted on 5-8-2014 08:53 AM
tgok dari sisi pun boleh agak rupa perempuan ni.....

huduh plus bangang memang idaman scammer ni
Quote zacrin 5-8-2014 09:23 AM
nikaido posted on 5-8-2014 08:59 AM
setakat body mcm ni, gambar tersebar pun takde sapa nak tengok. kalau aku kena ugut, mmg x bayar, na ...

body macam ni tersebar orang akan marah dekat yg sebar kalo macam noro danis ke ok gak ni dah macam rosmoh je
Quote dubuk 5-8-2014 09:24 AM
khayalan menjelma...

ketika fikiran...

melayang menjauh mengenangkanmuuuuuuuuuu.............................
Quote Badut.Sarkas 5-8-2014 09:25 AM
biarkan je dia sebar.. bukannya orang nak tengok pun.. berlambak lagi gambar bogel awek cun lam internet

ok.. i was just joking.. sorry.
Quote mikasa 5-8-2014 09:27 AM
zacrin posted on 5-8-2014 09:23 AM
body macam ni tersebar orang akan marah dekat yg sebar kalo macam noro danis ke ok gak ni dah maca ...

nak sebar boleh tapi pastikan potochop dulu bikin lawan

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041076 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top